Abam tak tahulah sama ada aplikasi ni berkesan untuk WiFi jiran, tapi cara ni boleh diguna untuk dapatkan kata laluan WiFi anda sendiri. Maklum la, kadang-kadang ada adik-beradik datang ke rumah minta password WiFi, dah lama tak reconnect, mestilah terlupa ye tak? Ada banyak cara nak dapatkannya, tapi cara ini paling cepat untuk anda. Telefon pintar di hujung tangan, tekan-tekan saja sudah profit! Heheh.
Penafian : Amaran, jangan cuba dekat WiFi jiran. Selain berdosa, kalau anda kena tangkap dengan SKMM, abam tak bertanggungjawab. Entri ini hanya ingin berkongsi info untuk anda dapatkan kata laluan WiFi sendiri sahaja, ingat tu.
Apa yang anda perlukan ialah muat turun aplikasi WiFi WPS WPA Tester ini. Pastikan peranti anda telah root terlebih dahulu dan pasangkan juga Busybox.
Setelah itu, buka aplikasi tersebut, benarkan akses root kepadanya, dan tekan butang 'scan' yang terdapat di paling kiri sekali - sebelah atas.
Nampak kan, yang bentuk seperti anak panah berpusing tu? Ok, lepas tekan, anda akan dapat lihat senarai WiFi
Seterusnya akan tampil 4 pin seperti gambar di atas. Pilih sahaja mana-mana, tapi biasanya nombor 2 memang berkesan.
Tekan pada butang 'ROOT'.
Ia akan cuba mendapatkan kata laluan menggunakan algoritma tertentu. Kebiasaannya masa yang diambil tidak sampai satu minit.
Ahah! Dapat pun. Mudah bukan? Cara ini sememangnya sangat cepat dan membolehkan anda memberikan kata laluan WiFi kepada adik-beradik anda dengan senyuman.
Abam harap anda bolehlah cuba-cuba dan silakan kongsi artikel ini dengan adik-beradik anda pula. Nanti bila anda bertandang ke rumah mereka, katakan pada mereka "Dah baca artikel tu jangan buat-buat tak paham pulak". Ok lah, nanti abam tulis lagi artikel lain. Dah cuba jangan lupa komen. Adios!
0 comments:
Catat Ulasan