[RASMI]-Cara Baca Mesej WhatsApp Tanpa Blue Ticks


Timeline Cover
Timeline Cover
Cara Baca Mesej WhatsApp Tanpa Blue Ticks

Anda ingin baca mesej yang masuk dalam WhatsApp, tetapi tidak mahu trigger double tick/blue tick? Anda ingin baca semuanya tanpa dapat diketahui, tetapi tidak mahu menggunakan GBWhatsApp kerana takut akaun anda disekat?

Ada caranya, iaitu menggunakan Shh ?? No Last Seen or Read.

Shh ini ialah aplikasi 'WhatsApp Incognito Mode' yang membolehkan pengguna membaca setiap mesej yang masuk tanpa perlu membuka aplikasi WhatsApp dan dalam masa yang sama ia akan menyembunyikan 'last seen' dan 'blue ticks' untuk pengguna, sama ada dari individu mahupun perbualan dalam kumpulan.

Apa yang anda perlukan ialah aplikasi WhatsApp yang sudah sedia dipasang, dan juga aplikasi Shh WhatsApp Incognito ini. Muat turun > Shh ?? No Last Seen or Read

Selepas itu, buka aplikasi Shh WhatsApp.


Tekan butang 'Enable Accessibility'.


Tekan pada slider untuk menukar ia kepada 'ON'.


Tekan 'Allow'.


Tekan pula butang 'I Understand'.


Pilih mana-mana yang anda mahu. Saya pilih 'Users and groups'.


Terdapat beberapa limitasi iaitu anda tidak dapat membalas mesej secara terus, dan anda juga tidak dapat memuat turun media seperti gambar, audio, dan sebagainya menerusi aplikasi ini. Namun jika anda sudah lama mencari cara untuk 'menewaskan' blue ticks itu, maka aplikasi ini adalah apa yang anda perlukan. Tak perlu daftar, pasang dan terus guna.
Cara Baca Mesej WhatsApp Tanpa Blue Ticks Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan