Kita sedia maklum, agak sukar hendak menafikan penambahbaikan yang boleh dilihat dalam Windows 10. Pelbagai ciri diperbaiki dan dinaik taraf, sama ada dari paparan antaramuka pengguna, mahupun ciri lain seperti kelajuannya.
Namun, tahukah anda, Windows masih lagi belum dapat menyaingi Ubuntu khususnya dan Linux amnya dalam beberapa bahagian? Berikut saya senaraikan 7 ciri pada Ubuntu yang masih belum dapat ditandingi oleh Windows.
Wallpaper Ubuntu abam. Heheh.
Siapa yang dapat nafikan perkara ini? Ubuntu sangat convenient kerana bila-bila masa sahaja boleh dimuat turun tanpa sebarang bayaran dan pelbagai syarat. Manakala Windows 10 pula adalah sebaliknya. Berapa ya harga terkini Windows 10 Pro?
2. Penggunaan RAM
Meskipun Windows 10 sudah berjaya mengurangkan penggunaan RAM, namun, ianya masih belum mencapai tahap yang telah dilakukan oleh Ubuntu. Penggunaan RAM pada Ubuntu masih jauh lebih baik berbanding Windows.
3. Kemas Kini
Buat anda yang biasa menggunakan Windows 10, pastinya ramai yang ingin menyahaktif ciri kemas kini kerana terkadang ketika sedang membuat sesuatu tugasan yang penting, ketika itulah Windows 'gatal' hendak mulai semula (restart) untuk melengkapkan kemas kini.
Berbeza dengan Ubuntu, setiap kali ada kemas kini, setiap kali itulah pengguna akan diberitahu secara terperinci akan apa yang mereka muat turun, dan kebiasaannya pengguna tidak perlu pun untuk mulai semula seperti sistem operasi Windows 10.
4. Sekuriti
Ya, tidak dapat dinafikan Linux sudah mula menjadi sasaran penggodam. Tetapi dari tahun-tahun sebelumnya, iaitu pada tahun ketika saya mula-mula menggunakan Ubuntu lagi - ayat ini sudah kedengaran. Namun hakikatnya peratus penyasaran adalah sangat kecil.
Selain itu, sistem Linux itu sendiri adalah lebih 'terjaga' berbanding Windows yang amat memerlukan kepada perisian pihak ketiga seperti Antivirus, Firewall dan sebagainya.
5. Pengubahsuaian
Kalau nak dikatakan tentang pengubahsuaian ini (customizations), boleh dikatakan Windows juga boleh melakukan perkara yang sama (3D desktop, widget, dll). Namun dengan Ubuntu/Linux, anda boleh ubahsuai tanpa memerlukan sebarang bayaran sekalipun. Sebaliknya dengan Windows, setiap 'hiasan' adalah berbayar. Kalau anda yakin dengan integriti perisian crack, silakan.
6. Anda Boleh Cuba Dahulu
Bolehkah anda buat live USB pada sistem operasi Windows? Cuba terlebih dahulu, godek-godek dulu kemudian bila sudah berpuas hati baru pasang? TIDAK. Hanya Ubuntu/Linux sahaja yang dapat melakukan perkara ini.
7. Tidak Perlukan 'Jagaan Rapi'
Kalau Windows, sekalipun Windows 10, anda masih perlu lakukan jagaan dengan sela masa tertentu untuk memastikan prestasinya berada di puncak. Sekurang-kurangnya defrag sebulan sekali (itu saya lah, untuk diri anda sendiri terpulang).
Ubuntu? Entah, tiada pilihan untuk lakukan 'defrag' pun kalau anda mahu.
Anda sendiri, sekarang sedang gunakan distro apa?
0 comments:
Catat Ulasan