Farihin juga orang yang bertanggungjawab menerbitkan album sulung Raihan berjudul Puji-Pujian yang diedarkan pada Ramadan 1997 sehingga mendapat sambutan luar biasa apabila dijual melebihi 750,000 unit.
Nama Farihin Abdul Fattah, 50, dikenali ramai seiring populariti yang dikecapi kumpulan nasyid Raihan yang diuruskannya ketika itu.
Pengalaman Menguruskan Raihan
Selama lima tahun menguruskan Raihan, komposer dan penerbit album itu bukan saja terus jatuh cinta dengan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan, malah dia juga belajar mengenal manusia.�Cukuplah lima tahun saya menguruskan Raihan kerana selagi bergelar manusia, bila-bila saja orang boleh berubah. Saya kini lebih selesa tidak terikat dengan mana-mana artis walaupun ada yang minta saya menguruskan mereka.
�Walaupun minat saya belum pudar dalam penciptaan lagu, saya tidak seaktif dulu menghasilkan lagu komersial kerana faktor bayaran dan masa. Harga satu lagu sekarang tidak tinggi dan mengambil masa agak lama untuk menyiapkannya.
�Saya bukan muda lagi untuk terperuk dalam studio sehinggga makan dan tidur pun di sana. Saya masih buat lagu, tetapi untuk lagu korporat, lagu tema persatuan dan pertubuhan. Lagu seperti itu boleh siap dalam sehari dua saja,� katanya.
Farihin yang kini sudah ada dua cucu lebih suka terbabit dalam projek tertentu saja.
Berkongsi pendapatnya mengenai perkembangan lagu dan kumpulan nasyid sekarang, ujar Farihin, irama nasyid masih sehebat dulu tinggal lagi perlu diberi penjenamaan semula agar ia kelihatan baru dan lebih segar.
�Kumpulan nasyid perlu ada pengurusan yang bagus, tetapi apabila kerjaya mereka sudah sampai ke puncak, mereka rasa tidak perlu ada pengurus, malah sudah pandai mengira untung rugi apabila ada beberapa peratus daripada bayaran perlu diberikan kepada pengurus.
�Apabila kumpulan nasyid ini mahu bergerak sendiri, mereka sukar menguruskan kumpulan itu dengan baik. Cukuplah pengalaman saya menguruskan Raihan yang mengajar saya untuk mengenal hati budi dan sikap manusia yang sebenar,� katanya.
Projek terbaru Farihin
Terbaru, Farihin terbabit dalam projek O Mankind dengan Ijtihad Berhad. Projek itu berkisar kepada kewujudan manusia bermula dengan wujudnya Nabi Adam.Sesungguhnya menelusuri perjalanan hidup, perjuangan dan pengorbanan nabi serta rasul daripada zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad Rasulullah SAW sememangnya dituntut agama agar dapat diteladani dan menjadi petunjuk kepada umat Islam di sepanjang zaman.
Lantaran itu Ijtihad Berhad, Ijtihad Time Turnel bersama rakan konsortium melancarkan kempen O Mankind, sekali gus mempromosikan O Mankind Tour yang akan dimulakan Februari 2017.
Farihin selaku Pengarah Kreatif Kandungan, Ijtihad Time Turnel berkata, projek itu akan berlangsung dalam beberapa fasa selama empat tahun bermula tahun depan.
�Untuk peringkat pertama acara sebenar akan diadakan pada September 2017 selama 21 hari di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) merangkumi muzikal cahaya khusus mengenai Rasululah SAW dan Pengalaman Terowong Masa daripada zaman Nabi Adam sehingga Nabi Isa.
�Pengunjung akan dapat melihat zaman kewujudan 25 nabi sehinggalah kewujudan manusia hari ini yang disampaikan menerusi pelbagai elemen seperti penggunaan cahaya dan bunyi, pameran artifak, deskripsi visual, penceritaan, muzikal dan forum,� katanya.
Projek O Mankind
Terbahagi beberapa peringkat iaitu:- Min Adam (2017)
- Cahaya (2018)
- End of Time (2019)
- Hadra (2020)
Projek ini juga membuka ruang kepada pelancong asing untuk mengenali sejarah Islam, nabi dan rasul. Jika ada yang berminat Ijtihad Berhad sedia menjual kepakaran mereka mengadakan acara sama di luar negara,� katanya.
Untuk setiap fasa, ia menelan kos RM15 juta hingga RM20 juta dan mensasarkan 500,000 pengunjung.
Sebelum berlangsungnya acara itu, akan diadakan promosi jelajah:
- Kelantan
- Kedah
- Melaka
- Kuching
- Kota Kinabalu
- Shah Alam
�Pada promosi jelajah itu kami akan membawa kumpulan Nada Murni yang terdiri daripada anggota kumpulan Raihan dan Hijjaz.Mereka adalah anggota asal Nadi Murni sebelum membawa haluan sendiri. Sudah tiga minggu mereka berlatih untuk persembahan yang akan memperdengarkan semula lagu-lagu popular Nada Murni di setiap destinasi yang akan kami pergi nanti,� katanya. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan