Pendaftaran Dan Permohonan eKasih | Semakan Status eKasih | Kemaskini eKasih | Senarai Penerima Bantuan | Bantuan Isi Rumah.
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepadapermohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. Antara yang terdapat dalam portal eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.
Cara Pendaftaran & Permohonan, Semakan Status Dan Kemaskini Maklumat eKasih 2017 Online :
Individu yang ingin mendaftar eKasih boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).
Boleh memohon terus dengan Ibu Pejabat ICU JPM dengan menghubungi talian 1MOCC di talian 03-8000 8000.
Anda boleh terus mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah anda untuk mendapatkan borang permohonan.
0 comments:
Catat Ulasan