�Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti,� kata Hafiz kepada Harian Metro.
Penyanyi, Hafiz Hamidun mengesahkan bakal bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Arifah Amin, 30 pada 1 Mei ini.
Hafiz, 33, bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai bakal isterinya dan akan membuat sidang media pengumuman khas serta majlis bertunang pada 22 Mac ini.
Menurut penyanyi lagu Jodoh Berdua itu, dia dan bakal isterinya saling mengenali satu sama lain sejak dua bulan lalu.
�Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah,� katanya.
Bekas anggota kumpulan nasyid In-team itu juga memaklumkan bahawa majlis persandingan akan berlangsung pada 1 Julai bersamaan 7 Syawal manakala satu lagi majlis di kampung sebelah pihak lelaki di Perak akan berlangsung pada 7 Julai.
Hafiz juga memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan bakal isteri sekaligus mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.
�Saya harap peminat akan mendoakan agar perjalanan rancangan saya berjalan dengan lancar,� katanya. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan