[RASMI]-Telefilem Lara Intan Di Hati Laila lakonan Ako Mustafa


Timeline Cover
Timeline Cover
Telefilem Lara Intan Di Hati Laila lakonan Ako Mustafa
Lara Intan Di Hati Laila

Lara Intan Di Hati Laila mengisahkan Laila, seorang wanita yang kuat bekerja di ibu kota bagi mencari rezeki buat menyara ibu bapa dan adik di kampung.

Dia juga tidak memikirkan hal sendiri termasuk jodoh kerana mengutamakan keluarga. Walaupun Laila ada kelulusan dan berbakat sebagai pelukis, dia terpaksa mengetepikan semuanya bagi mendapat kerja yang boleh memberikan pendapatan segera buatnya.

Bapanya, Hadi mengalami masalah paru-paru dan osteoporosis serta perlu dijaga rapi oleh ibu dan adiknya.

Ibunya, Asmah pula menghidap semput dan tidak boleh melakukan kerja terlalu lasak serta perlu makan ubat yang memerlukan kos tertentu.

Ini menambahkan beban buat Laila yang sentiasa pulang menjenguk keluarganya dan membeli ubat. Dia juga gigih membantu persekolahan adik-adiknya.

Pada masa sama, ibu saudaranya meminta Laila menjaga anaknya, Intan yang mahu bekerja di Kuala Lumpur.

Ini sekali gus menambahkan lagi tanggungjawab dipikulnya dengan keadaannya yang hidup sederhana.

Ulasan Kyoll

Kepercayaan diberikan penerbit dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Kyoll Hamzah apabila memberikan hasil terbaik dalam setiap kerja pengarahannya.

Kyoll yang pernah mengarahkan telefilem Panggilan Subuh dan Dan Aku Jatuh Cinta kini tampil dengan telefilem Lara Intan Di Hati Laila yang ditayangkan September ini di saluran TV1, RTM.

�Saya amat berpuas hati apabila Datuk Aida Aris sebagai penerbit memberikan barisan pelakon yang kuat untuk berlakon dalam telefilem ini.

�Aida sendiri turut berlakon dan kekuatan lakonannya sudah cukup menjadi tunjang cerita ini,� katanya.

Kyoll berkata, gabungan baru dan lama yang ditampilkan dalam Lara Intan Di Hati Laila menuntutnya lebih kreatif untuk mengadunkan semuanya bagi menghasilkan cerita yang mantap.

�Secara peribadi, saya berasakan lakonan Aida paling mantap. Apatah lagi, dia adalah pelakon senior di antara semua pelakon yang terbabit.

�Kemunculan Ako Mustafa juga membantu mewarnai cerita ini. Ini kali pertama Ako berlakon bawah arahan saya dan dia profesional dan sentiasa menghormati semua orang,� katanya.

Penampilan Nadia Aqilah dan Nadzmi Adhwa juga memberi nafas dalam mencantikkan cerita ini.

�Boleh dikatakan pakej yang ada cukup lengkap. Saya juga beruntung kerana dapat �cameo� yang bagus iaitu Ucop Cecupak, Anne Abdullah, Rashidah Jaafar dan Ibu Yati yang mencantikkan lagi cerita ini.

�Saya juga amat berterima kasih pada kru produksi kerana turut membantu dalam merealisasikan telefilem ini. Pun begitu, saya masih dahagakan naskhah berat yang hebat untuk divisualkan,� katanya.

Telefilem Lara Intan Di Hati Laila lakonan Ako Mustafa Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan