[RASMI]-Menantu Bilal lakonan Amar Asyraf dan Nazeera Sardi


Timeline Cover
Timeline Cover
Menantu Bilal lakonan Amar Asyraf dan Nazeera Sardi
Drama Menantu Bilal diterbitan Enuja Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Zamri Zakaria. Bersiaran 11 episod di Slot Dahlia TV3 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang.

menantu bilal

Para Pelakon

Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Syazwan Zulkifli, Ruhainies, Talha Harith, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty, Man Raja Lawak.


Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11

Sinopsis Menantu Bilal

Memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri.

Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.

Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.

Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri. Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.

Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan.

Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

Saksikan Menantu Bilal pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.
Menantu Bilal lakonan Amar Asyraf dan Nazeera Sardi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan