[RASMI]-Slot Samarinda: Dekatkan Jarak Kita


Timeline Cover
Timeline Cover
Slot Samarinda: Dekatkan Jarak Kita




 Gandingan meletop Shafiq Kyle dan Ayda Jebat. Nantikan tayangan pada 21/11/2017
Terbitan: JS Pictures
Arahan: Jinggo


Sinopsis:
Sofiya menhenyak punggungnya ke atas kerusi. Lega rasanya bila duduk tepat-tepat di hadapan kipas.Penghawa dingin memberi keselesaan selepas 1 jam dia"tersangkkut di majlis perkahwinan Umaira dan Farhan.

�Penat sangat ke?� tegur satu suara garau dari belakang. Sofiya hanya mengangguk tanpa menoleh kepada orang yang bertanya. Tahu-tahu sahaja ada seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki yang berpakaian baju Melayu lengkap berona merah hati itu melemparkan senyumannya.
Sofiya membetulkan duduknya lalu duduk bertentangan dengan Tashriq. �Perlu ke Umaira dengan Farhan buat macam tu ? Pehh, tak macam lama gila pulak diorang buat ucapan ! Tu majlis kahwin ataupun buat ceramah?�
Bebelan Sofiya mengundang senyuman sinis di bibir Tashriq. Marah benar Sofiya dengan pasangan suami isteri yang baru bersanding tadi.
Umaira dan Farhan.. Kedua-duanya ialah kawan baik mereka sejak kecil lagi dan baru tadi mereka diijabkabulkan selepas 11 tahun mengenali satu sama lain. 11 tahun? Tiba-tiba Sofiya tersengih sendiri mengenangkan angka itu. Gila. Memang gila! Kenal lama-lama, macamlah kahwin confirm sampai ke akhir hayat! Bisik hatinya jahat.
�Biarlah.. Aku suka dengar diorang cakap tadi. Ucapan yang memang diorang tujukan pada satu sama lain. Sweet!� Tashriq menyuarakan pendapatnya, sekaligus membuat Sofiya mencebik sendiri. Sweet apa? Sweet kelapa sawit?
�Tak payah nak sweet sangat. Lain kali, kalau nak cakap apa-apa pada satu sama lain, tunggu malam karang. Tak perlu kot nak cakap depan semua orang! Satu jam kita 'sangkut' kat dalam dewan tu sebab dengar diorang punya ucapan je tau!�
Meledak tawa Tashriq mendengar omelan kembarnya itu. Betul juga apa yang Sofiya katakan. Gara-gara dua pasangan yang lovey dovey itu mahu menyampaikan rasa cinta dan syukur kerana sudi menerima diri masing-masing, semua tetamu yang ada di situ terpaksa menebalkan telinga untuk 1 jam. Bayangkan 1 jam mereka terpaksa mendengar kata-kata jiwang dan ayat-ayat jiwa?
�Fia tahu tak kenapa diorang buat macam tu? Dan kenapa semua orang sanggup dengar jugak apa yang diorang nak cakap?�
Pantas Sofiya mengangkat bahu. Tak tahu dan tak nak tahu. Hal Umaira dan Farhan suami-isteri, untuk apa dia masuk campur? Bukannya dia kenal sangat pun mereka berdua!
�11 years ago, they fell in love and thought everything would be beautiful for them.� Tashriq memulakan ceritanya, sedikit sebanyak memancing minat Sofiya untuk mendengar. �Tapi diorang tak tahu yang cinta tak selalunya indah. Bila diorang putuskan untuk bertunang, tiba-tiba rumah Umaira terbakar. Habis bahagian kaki Umaira melecur, nasib baik badan dan muka dia takde apa-apa.�
�Farhan nak teruskan jugak pertunangan diorang, tapi Umaira tak nak. Umaira cakap, tunggu sampai kaki dia baik, barulah diorang boleh bertunang. Farhan agreed and he kept supporting Umaira. To him, dia cintakan Umaira apa adanya. Cacat ataupun apa, Farhan tak kisah sebab dia cintakan Umaira, bukan kaki atau badan Umaira.�
Sofiya terus khusyuk mendengar cerita Tashriq. Memang mulanya dia tak berminat tetapi kisah cinta Umaira-Farhan ada unsur saspens, membuatkan dia tertarik untuk mendengarnya dan terus melekat. Tashriq menyambung lagi, �Belum sempat kaki Umaira baik, diorang dapat satu lagi berita buruk. Umaira kena rogol.�
�Hah?!� Terjerit Sofiya dibuatnya. Dia memandang Tashriq dengan mata yang membulat. Bila Tashriq mengangguk, Sofiya diam tidak terkata. Bayangkan kalau itu yang terjadi pada dirinya? Nauzubillah! Sofiya teringatkan wajah ceria Umaira sebentar tadi.
�Umaira kena rogol dan dia mengandung. Waktu tu, Allah je yang tahu perasaan diorang. Hilang terus angan-angan nak kahwin semua.�
�Tapi.. Bukannya Farhan terima Umaira apa adanya ke ?� Sofiya mencelah untuk mendapatkan kepastian.
Kata Tashriq, �Lelaki, Fia.. Siapa pun mesti fikir dua tiga kali kalau dapat tahu yang bakal isteri dia kena rogol. Mengandung pulak tu!�
Sofiya mula menarik muka masam. Itulah dia lelaki. Dah terang lagi bersuluh Umaira kena rogol, masih nak fikir dua tiga kali ke?! Umaira tak bersalah!! Jeritnya yang hanya berkumandang di dalam hati.
Melihat air muka Sofiya, Tashriq tahu kembarnya itu sedang sibuk menilai Farhan. Ya, dia juga mengaku yang Farhan tersilap. Seharusnya Farhan menerima Umaira sepertimana janjinya! �Farhan tinggalkan Umaira, semuanya cancel. No more engagement, no more wedding. Lepas dapat tahu Farhan pergi oversea, Umaira jadi tak menentu. Takdir Allah.. Baby yang dia kandung pulak gugur. Lepas tu Umaira teruskan hidup dia macam biasa. Tiba-tiba je Farhan datang cari dia semula, Farhan mintak maaf sebab tinggalkan dia..�
�Heh, lelaki! Senang je kan? Berjanji, tinggalkan, cari semula!� omel Sofiya yang kurang senang dengan sikap sesetengah lelaki. Dia bukan mahu bersikap prejudis tetapi sudah 27 tahun dia hidup, dia dapat menilai sikap sesetengah manusia. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan.
�At first, Umaira tak nak terima dia. Tapi usaha Farhan sedarkan Umaira yang dia jugak masih cintakan Farhan. Tadaaa, the end!� Tashriq mengakhiri ceritanya dengan menepuk tangan. Terasa puas pula dapat menceritakan kisah cinta Umaira-Farhan kepada Sofiya. Kembar tak seirasnya itu mencemih. Dia mula membayangkan dirinya sendiri di tempat Umaira. Kalaulah dia, memang takkan dia terima Farhan sampai bila-bila. Untuk apa terima seseorang yang pernah tinggalkan kita? Lagi-lagi di saat yang kita sangat perlukan dia. Tapi itulah.. Dah jodoh, memang dah ditetapkan sejak azali lagi. Tak kiralah berapa lama Umaira cuba menolak, dia tetap akan bersatu dengan Farhan.
�Yang datang tadi mesti family dengan bestfriends Umaira-Farhan je kan? Kalau orang luar, mesti dah fed up dengar 'ceramah cinta' diorang tu!� Sofiya cuba menebak apa yang difikirkannya logik.
Tashriq mengangguk. �Dahlah. Aku nak keluar. Mesti Nelly tengah tunggu. Bye !� Tak sempat Sofiya membalas, Tashriq sudah keluar dari rumah. Jumpa buah hati pakai baju pengantin ? Okay, itu hebat !
*****
BOSAN sendirian di rumah, Sofiya turun ke bawah untuk menonton TV. Semua cerita yang ditayangkan langsung tidak menarik minatnya. Sofiya mengeluh sendiri. Waktu beginilah dia memerlukan Tashriq. Mesti ada masanya Tashriq agak menyakitkan hati namun Tashriq jualah orang yang paling bijak membuat dia tersenyum. Sayangnya.. Mereka hanya dipertemukan semula dua tahun yang lalu setelah terpisah selama 14 tahun. Kerana bencana yang melanda sewaktu mereka sedang bercuti di kampung, mereka terpisah dan kini, bertemu semula.
Pada mulanya Tashriq enggan mengakui Sofiya ialah kembarnya. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan Tashriq. Sofiya penipu, Sofiya gilakan harta mereka sekeluarga, Sofiya berpura-pura� Tetapi selepas Sofiya menunjukkan segala bukti tentang dirinya, barulah Tashriq percaya. Dan hubungan mereka mulai jernih perlahan-lahan.
�Kalau dah jumpa Nelly, memang dia lupa kat aku! Ya Allah, bosannya!!� Sofiya menghentak kakinya seperti anak kecil. Samsung S4 berwarna putih dicapainya lalu dia menghantar SMS kepada Tashriq.
-Lama lagi nak balik? Aku dah bosan sorang-sorang kat rumah ni!
Tak berfikir panjang, Sofiya terus menekan butang Send. Peduli apa kalau Nelly marah kepadanya kerana mengganggu dating mereka. Yang penting dia sudah bosan tahap maksima.
+Sorry, gimme 10 minutes!
Melebar senyuman Sofiya saat itu. Jam sekarang pukul 10:48 malam. Kalau Tashriq tak sampai rumah lagi pukul 10:58, tahulah nasibnya nanti!
*****
�NAH! Maggi special buatan Chef Tashriq!� ujar Tashriq seraya meletakkan semangkuk mi segera di hadapan kembarnya. Sofiya segera menghidu aroma maggi kari itu. Hm, sedapnya. Menggoda! Namun Sofiya tidak mempamerkan riak bersyukurnya. Perut yang dah berzapin pun dia abaikan.
�Laaa, marah lagi? Sedap maggi ni tau! Makanlah !�
�Taknak.�
�Aku suap kau, eh.. Nak tak ?�
�Kau ingat aku budak kecik ? Taknak.�
Tashriq tergelak lagi. Gara-gara Nelly yang merengek mahu meluangkan lebih banyak masa bersamanya, Tashriq terpaksa memungkiri janji 10 minitnya kepada Sofiya. Dan inilah akibatnya. Sofiya menarik muka dengannya.
�Takde la kecik mana.. Kalau aku 27, kau pun samalah ! Cepatlah makan ! Panas-panas ni sedap tau !� Tashriq tidak mahu berhenti memujuk. Hatinya yang tidak tenang melihat wajah masam Sofiya. Dia sedar, dia yang bersalah kerana meninggalkan Sofiya berseorangan di rumah. Pembantu rumahnya, Mak Cik Som pula meminta cuti untuk pulang ke kampung.
Tashriq mencapai tangan Sofiya lalu menggosoknya perlahan. Rambut Sofiya yang jatuh ke depan, Tashriq selitkan ke belakang telinganya. �Janganlah marah lagi.. Sorry, Fia..� katanya perlahan. Sofiya menghadiahkan jelingan kepada Tashriq, tangannya ditarik perlahan. Kurang selesa bila Tashriq melakukan itu kepadanya.
�Lain kali jangan buat lagi.�
�Okay.�
�Kalau kau buat lagi, aku merajuk sehari suntuk.�
�Okay.�
Selepas membaca doa makan, Sofiya menghirup mi segera itu perlahan-lahan. Meski dia lapar, Sofiya taknaklah lidahnya melecur kerana sikap kebulurnya. Suapan Sofiya terhenti tiba-tiba. Tanpa memandang Tashriq langsung, dia bersuara.
�Dah kenapa tengok aku macam tu?� selanya yang kurang senang bila Tashriq terus memerhatikan dirinya. Dari ekor matanya, Sofiya tahu yang lelaki itu sedang tersenyum tipis.
�Tak sangka pulak kembar aku ni comel macam ni..� kata Tashriq selamba tetapi cukup untuk membuat Sofiya terpempan. Tashriq berdiri. �Aku masuk bilik dulu. Lepas makan, pergi tidur. Kalau aku turun nanti kau ada lagi, kena kau!� Tanpa diduga, Tashriq mencium ubun Sofiya.
Kejang terus tubuh Sofiya dibuatnya.
�Goodnight, dear..� ucap Tashriq perlahan sebelum dia menghilang ke biliknya.
Sofiya tergamam. Tindakan Tashriq itu membuat hatinya merasa kelainan. �Ya Allah.. Apa yang aku fikir ni..� Sofiya cuba menepis apa yang ada di fikirannya kini. Mi segera yang ada di dalam mangkuk hanya dikuisnya. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang dan itu sudah memadai untuk membuat air matanya jatuh ke pipi.
*****
�BOLEH tak kalau lepas ni I nak pergi kedai tu pulak?� tanya Nelly dalam nada yang manja. Tashriq hanya mengangguk. Gembira dengan jawapan Tashriq, Nelly segera berlari masuk ke dalam kedai pakaian berjenama itu. Suka benar dia membelek satu persatu baju di situ, sampaikan dia terlupa bahawa Tashriq ada bersamanya.
Melihat sikap Nelly yang boros, Tashriq melepaskan keluhannya sendiri. Kalaulah Nelly sah menjadi isterinya nanti, entah berapa banyak wang yang harus diperuntukkan dalam masa sebulan. Seribu? Tak cukup.. Sepuluh ribu? Hm..
�Macam manalah kau boleh tahan dengan perangai Nelly tu, Tash? Aku yang tengok ni pun dah rasa kesian gila kat kau!�
Tashriq berpaling apabila telinganya mendengar ayat selamba yang dituturkan Sofiya.
�Beli baju mahal-mahal macam ni.. Pergilah beli kat pasar malam, berlambak! Kalau tak pun, pergi Times Square. Tak payahlah nak beriya sangat sampai ke Pavilion ni..� Omel Sofiya lagi. Dia yang sejantina dengan Nelly pun masih merasa hairan, bagaimana Nelly boleh bersikap sebegitu.
Orang perempuan nak cantik? Ya, dia juga. Bergaya? Ya, zaman sekarang memang wajib bergaya. Kalau tak bergaya, orang akan pandang rendah. Tapi perlu ke sampai boros macam tu? Eee, mati hidup balik pun, Sofiya tetap dengan pendiriannya � Stay low, stay humble. Dahlah pakai duit Tashriq! Gerutu hati Sofiya.
�Biarlah dia.. Asalkan dia happy. Aku malas nak bertekak . Kalau aku tak bagi, nanti dia buat perangai tau!�
Sofiya menjuihkan bibirnya. Ini agaknya yang digelar Kuasa Wanita. Lelaki hanya tunduk dengan semua kemahuan mereka. Maaflah, Nelly. Rasanya aku rela takde kuasa tu kot! �Lain kali kalau korang keluar, janganlah ajak aku. Bosan.�
�Tapi kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang kat rumah, aku pulak yang risau. Lebih baik kau ada depan mata aku ni. Lagi senang!� Tashriq menyangkal kata-kata Sofiya. Cukuplah sekali, Tashriq taknak Sofiya merajuk lagi dengannya kerana perkara yang sama.
�Apa-apa je la..� jawab Sofiya pendek. Matanya tertancap pada seorang anak kecil yang berlegar di situ. Dari mata kasarnya, rasa-rasanya budak perempuan bertocang dua itu terpisah dari ibu bapanya. �Tash ! Budak tu macam terpisah dari parents dia je..� katanya sebelum Sofiya berdiri, mahu mendekatinya.
Tashriq turut memandang ke arah yang sama. Matanya hanya mengikut sorotan langkah Sofiya. Dilihatnya Sofiya menonong sahaja mahu mendekati budak kecil itu. Tak sampai dua minit, Sofiya sudahpun memimpin tangan si kecil dan menghampirinya.
�Kita pergi information counter jom.. Kesian Ika.� Kata Sofiya sambil matanya tidak lepas dari memandang Ika. Melihat Tashriq yang seperti teragak-agak, Sofiya melepaskan keluhan kasar. Takut nak jauh dari Nelly la tu!
�Takpe la.. Aku pergi sendiri. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana. Nanti aku call kau.� Katanya dalam nada berjauh hati. Mendengarkan itu, Tashriq segera berdiri. �Jomlah ! Aku temankan kau !� Dan Tashriq mencapai tangan kiri Sofiya lalu menggenggamnya kuat.
Mungkin ramai yang tidak akan percaya tetapi inilah kali kedua dia dapat memegang tangan kembarnya sendiri. Sejak mereka bertemu semula, tak pernah sekalipun Tashriq memeluk atau memegang Sofiya. Semalam ialah kali pertama dan ini ialah kali kedua. Entah kenapa, ada rasa bahagia yang terbit di hatinya.
�Err, Tash.. Aku rasa lebih baik kau pimpin Ika kot. Ika yang sesat, bukannya aku..�
�Kau kan dah pimpin dia. Aku pimpinlah kau.. Aku takut kau pun hilang macam Ika. Jomlah cepat. Sementara Nelly tengah leka shopping tu!�
Dan Sofiya tidak mampu menepis lagi. Dalam diam, dia juga selesa dengan keadaan mereka berdua sekarang. Terasa seperti sebuah keluarga bahagia.
Ya Allah, apa ni Sofiya? Dia kembar kau! KEMBAR! Jangan leka! Astaghfirullahal'azim..
Selepas mereka membuat aduan tentang Ika, Sofiya dan Tashriq masih tidak berganjak dari kaunter informasi itu. Mereka mahu memastikan yang Ika benar-benar berjumpa orang tuanya, sebelum mereka meninggalkan si kecil itu. Setelah 15 minit menunggu,barulah batang hidung orang tuanya kelihatan.
*****
SERONOK benar Sofiya berbual dengan Mak Cik Som. Selepas dua minggu dia tinggal berdua dengan Tashriq, Sofiya lega kerana akhirnya Mak Cik Som ada untuk menemaninya. Menu mereka pada hari ini ialah ayam masak merah dan Sofiya teruja mahu membantu Mak Cik Som.
�Kalau Mak Cik Som takde ni, korang makan apa je?�
�Hehe, makan luar je la. Kadang-kadang lepas Tashriq balik kerja, dia tolong belikan makanan untuk Fia.� Sofiya tersengih sendiri. Malu pun ada. Nampak sangat dia anak dara yang tak berprestij. Masak pun tak reti?Hm, jatuh saham!
�Maaflah Fia. Kesian korang adik-beradik. Mesti Fia bosan, kan? Tash pulak dah penat kat tempat kerja, Nelly lagi, Fia lagi..�
Sofiya tersenyum tipis seraya menggeleng. �Takpe la, anak Mak Cik Som masuk hospital..Kalau Fia kat tempat Mak Cik Som pun, Fia mesti balik kampung jugak.� Sofiya dan Mak Cik Som saling berbalas senyuman. Senang hati Mak Cik Som. Sekurang-kurangnya Sofiya seorang yang memahami, tak macam Nelly.
Pernah sekali Mak Cik Som berehat kerana terlalu penat. Nelly pula muncul tiba-tiba dan dia marah-marah lalu menuduh Mak Cik Som curi tulang. Nasib baik Tashriq pulang tepat pada masanya, ada juga orang yang nak bela dirinya.
�Mak Cik Som.. Esok kan.. Boleh tak Mak Cik Som tolong masakkan..� Tak sempat Sofiya nak nyatakan permintaannya, bunyi pintu yang dihempas kuat menarik perhatian mereka. Sofiya dan Mak Cik Som saling berpandangan sebelum mereka berlari ke depan.
�Tash!� panggil Sofiya. Tashriq memandang Sofiya dengan mata yang berapi. Bila Sofiya cuba menyentuh Tashriq, dia menepis dengan kasar. �Jangan kacau aku!�
�Tash.. Kenapa ni?� tanya Mak Cik Som pula. Dah lama Tashriq tak buat perangai macam ni.
�Takde apa-apa. Tash nak naik dulu.� Jawapan Tashriq yang pendek itu tidak memuaskan hati Sofiya. Dia ingin mengejar Tashriq tetapi Mak Cik Som menghalangnya. Kata Mak Cik Som, �Tash masih marah tu. Biar dia reda sikit.� Dan niat Sofiya terus mati begitu sahaja.
Tashriq menghempas pintu biliknya kuat. Terngiang-ngiang kebenaran yang baru didengarinya tadi. Bodoh! Aku bodoh! Bodoh sebab tertipu dengan semua ni! �Arghhh!� Tashriq menarik cadar katilnya. Kemudian, bantal dan beberapa barangnya pula dihempas.
�Tak guna! Kurang ajar!� Tashriq masuk ke bilik air pula. Barang mandinya juga ditaburkan bagi melepaskan amarah. Inilah kali pertama dia bersikap sebegini. Semuanya gara-gara perempuan tak guna tu! Tashriq melihat dirinya sendiri di cermin.
Mula-mula Tashriq melihat hanya ada dirinya seorang di cermin itu. Lama-kelamaan, dia lihat ada lagi seorang wanita pula. Wanita itu sedang memandang ke arahnya sambil mentertawakannya. Tashriq jadi berang. �Tak guna !� hamunnya lagi lalu melayangkan penumbuknya ke cermin itu.
Cermin itu pecah dan tangannya juga berdarah. Namun darah yang mengalir di tangan langsung tidak melambangkan luka di hatinya.
�Tash ! Tash ! Kau okay tak ni ? Tash, bukak pintu ni!!� Suara Sofiya dan bunyi ketukan di pintu yang bertalu-talu langsung tidak dipedulikan Tashriq. Hatinya masih membara. Makin lama, suara Sofiya membuat kemarahannya luntur. Tashriq jadi lemah tiba-tiba. Dia terduduk ke lantai dan tanpa sebarang kata, air matanya menitis. Setitik, dua titik dan kemudian terus merembes keluar.
�Kau yang bodoh, Tashriq.. Kau yang bodoh!� Tashriq memarahi dirinya sendiri pula.
*****
SOFIYA memulas tombol pintu bilik Tashriq perlahan-lahan. Baru pagi ini pintu biliknya tidak berkunci. Dengan lafaz Bismillah, Sofiya masuk ke dalam bilik Tashriq. Sekujur tubuh yang terbaring di atas katil memancing perhatiannya. Laju sahaja kaki Sofiya ke sana. Dilihatnya Tashriq sedang berbaring di atas katil.
�Tash.. Dah pukul berapa ni. Kau tak pergi kerja ke?� Sofiya menggerakkan tubuh kembarnya itu. �Tash..� panggilnya lagi.
Tashriq membuka matanya dan semerta sebuah senyuman terbit di bibirnya. �Fia..�
�Bangun, pergi kerja. Mak Cik Som dah sediakan sarapan kat bawah.�
�Nantilah, aku penat lagi..� jawab Tashriq bersahaja. Sofiya menggeleng perlahan. Apa je yang dia boleh buat? Tashriq ialah CEO di syarikat keluarga yang diwarisinya, rasanya tak wajar untuk dia pertikaikan sikap Tashriq. Lagipun, inilah kali pertama Tashriq lambat ke tempat kerja.
�Ikut suka kaulah.. Dah bangun nanti turun bawah, kesian Mak Cik Som. Penat dia masakkan untuk kau tu. Aku nak turun dulu.� Dan Sofiya terus bangun untuk meninggalkan Tashriq.
Belum sempat dia melangkah, Tashriq sudah menariknya kuat hinggakan dia terduduk di atas katil, tepat bertentangan dengan Tashriq. �Err, Tash.. Ap.. Apa ni?� gugup Sofiya dibuatnya.
Tashriq senyum, matanya merenung anak mata Sofiya sambil tangannya bermain dengan rambut Sofiya. Kemudian, Tashriq mengelus pipi Sofiya lembut. Dek terkejut yang teramat sangat, Sofiya langsung tidak memberi sebarang reaksi. Tubuhnya hanya kaku.
�Baru hari ni aku perasan yang kembar aku ni cantik orangnya.� Sebaris ayat itulah yang membuat Sofiya kembali berpijak di bumi nyata. Dia segera menepis tangan Tashriq dan bergerak ke belakang sedikit.
�Kejap lagi aku turun..�
�O.. Okay..� Sofiya terus keluar dari bilik Tashriq. Sebaik pintu ditutup, Sofiya memegang dadanya yang semakin tidak keruan rentaknya. Ya Allah.. Kuatkanlah hati hamba, Ya Allah..
�Fia.. Fia..� Laungan Mak Cik Som dari bawah mengalih ingatan Sofiya tentang Tashriq.
�Ya saya! Jap, Fia turun!�
*****
PETANG itu, Sofiya termenung sendirian di balkoni biliknya. Yang ada di fikirannya kini hanyalah Tashriq, Tashriq dan Tashriq. Entah mengapa, Sofiya dapat mengesan perbezaan dalam diri lelaki itu. Tashriq kini ialah Tashriq yang baru. Ataupun dia yang perasan? Pantas Sofiya menggeleng. Tak, dia yakin telahannya benar.
Ada sekali Sofiya turun ke dapur lewat malam untuk mengambil air. Terjerit Sofiya apabila dirinya dipeluk dari belakang tiba-tiba. Rupa-rupanya Tashriq yang memeluknya. Hairan Sofiya. Selama ini, tak pernah pula Tashriq berjalan sewaktu tidur. Bila ditegur, alasan Tashriq mungkin dia terlalu penat. Okay, Sofiya terima alasan itu.
Sewaktu Sofiya sedang asyik menonton TV, Tashriq akan duduk di sebelahnya dan tanpa sebarang kata, Tashriq akan baring di paha Sofiya. Setiap kali nak ke tempat kerja, Tashriq akan mencium dahi Sofiya. Disebabkan itu, Sofiya langsung tidak keluar bilik hinggalah Tashriq benar-benar sudah pergi.
Sofiya jadi bingung, rimas dan bermacam rasa lagi. Kenapa dengan Tashriq ? Hari tu mengamuk sakan, kenapa sekarang dia berubah pulak? Mulai sekarang, selagi dia boleh mengelak dari Tashriq, Sofiya pasti mengelak. Entah apa pula yang akan dilakukan Tashriq selepas ini.
*****
�TASH, aku laparlah.. Aku nak makan.� Adu Sofiya sambil menggosok perutnya. Tashriq buat endah tak endah, dia lebih menumpukan perhatian kepada Nelly. Sofiya menggigit bibirnya bagi menahan sakit. Gastrik mulai menyerang dan Tashriq pula mengabaikannya.
Buat penat dia mengelak dari Tashriq, tiba-tiba tadi Tashriq muncul di biliknya dan merayu meminta Sofiya menemannya keluar bersama Nelly. Sofiya menekan perutnya. Gastriknya bukan sebarang gastrik. Sebelum ini, sudah berkali-kali dia pengsan kerana gastrik. Mulalah Sofiya rasa menyesal kerana mengikut Tashriq.
�Tash.. Lapar..� kata Sofiya lagi. Entah apa malang nasibnya hari ini. Nelly dan Tashriq sibuk berborak manja di depan sedangkan dia di belakang keseorangan. Sudahlah sewaktu membeli belah tadi, bukan main mesra lagi layanan Tashriq! Ada masanya Tashriq seperti sengaja mengucapkan kata-kata cinta dalam nada yang kuat.
�Tash..� Peluh di dahi mula terasa. Tapak tangan Sofiya juga mulai basah. Tiba-tiba dia lihat Tashriq sudah menjadi dua, kemudian tiga, dan seterusnya ramai Tashriq yang ada di depan matanya. Tanpa kata, Sofiya rebah.
*****
SOFIYA membuka matanya. Dia cuba mengamati keadaan sekeliling dan sedarlah dia bahawa dia kini di dalam biliknya sendiri. Sofiya melihat ke kirinya. Tashriq sedang lena dengan tangan kanannya menggenggam tangan Sofiya.
�Tash.. Tash..�
Tashriq yang tertidur terus tersedar. Gelabah dia meraba dahi, leher dan tapak tangan Sofiya bagi memeriksa suhu badannya. Bila semuanya okay, barulah Tashriq menarik nafas lega. �Kau okay?�
�Okay..� jawab Sofiya lemah. Tashriq menghela nafasnya lagi. Lemah lututnya bila suara Sofiya tidak kedengaran. Sebaik dia menoleh, Tashriq bagaikan hilang arah bila melihat tubuh Sofiya yang terkulai.
�Aku mintak maaf sangat-sangat.. Aku takde niat nak buat kau macam tu..�
�Takpe la.. Jangan risau, aku hidup lagi ni..� Dalam nada berseleroh, Sofiya cuba untuk mengubah suasana di biliknya itu. Dari riak Tashriq, dia tahu Tashriq benar-benar risaukan keadaannya. Jika tadi Tashriq, kini Sofiya pula menghela nafas panjang. Boleh jadi gila kalau berdua dengan Tashriq sebegini.
�Kenapa kau tak cakap yang kau ada gastrik? Aku tak pernah tahu pun..�
Sofiya senyum sendiri. Macam manalah Tashriq nak tahu ? Keluar pagi balik senja. Kalau keluar dengan Nelly, malam baru sampai rumah. Nasib baik Mak Cik Som ada, dia yang tolong sediakan makanan untuk Sofiya.
�Dah aku selalu makan on time, memanglah kau tak tahu. Nasib baik Mak Cik Som ada tau.. Kalau tidak, memang tiap-tiap hari aku pengsan kat rumah ni.. Tadi je kau dera aku.�
�Eh, jap. Habis tu, waktu Mak Cik Som takde ?�
Berubah terus air muka Sofiya saat itu. Waktu Mak Cik Som takde? Dia menelan liurnya payah. Semua orang tahu yang Sofiya, kembar Tashriq ini tidak pandai memasak sama sekali.
�Err.. Aku.. Aku..�
�Fia..� Suara Mak Cik Som menyelamatkan Sofiya dari menjawab soalan Tashriq. Wajah Sofiya berubah menjadi ceria apabila orang tua itu menatang sebuah dulang yang berisi sepinggan nasi serta beberapa lauk pauk. �Ni Mak Cik Som bawakkan makanan favourite Fia. Nasi putih, tomyam campur, daging goreng kunyit, sotong tepung.
�Sedapnyaaaaaa!� Sofiya bertepuk tangan persis anak kecil. Orang lain mesti tak percaya tapi itulah selera makannya. Dahlah kuat makan, semua makanan yang kurang berkhasiat pulak tu! �Terima kasih Mak Cik Som. Ya Allah, rezeki betul!� ujarnya teruja.
�Jap. Bagi aku rasa dulu.� Tashriq merampas sudu yang ada di tangan Sofiya. Dengan lagaknya seperti seorang penilai nutrisi makanan, Tashriq merasa satu persatu masakan. Mak Cik Som memberi pandangan peliknya. Kenapa ? Tashriq takut dia racun Sofiya ke ? Hisy, mustahil..
�Kenapa, Tash ?�
�Takde apa-apa. Aku takut tomyam ni pedas, nanti perut kau sakit..� Dan Sofiya bertambah terkedu dengan keprihatinan yang ditunjuk Tashriq.
*****
�APA cerita Umaira dengan Farhan ek?� Entah mengapa, Sofiya teringatkan pasangan itu. Mungkin kerana hari ini genap setahun pernikahan mereka. Oh, dah setahun rupanya..Tashriq mengangkat bahu. Dia juga sudah lama tidak berhubung dengan rakannya itu gara-gara kesibukan bekerja. Hari ini dia tidak ke pejabat bagi merehatkan minda di rumah.
�Entah. Dah lama aku tak keep in touch dengan diorang. Agaknya Umaira dah mengandung tak?� tebak Tashriq dengan matanya membulat.
Mengandung ? �Waaahhhh, advance gila! Mesti anak diorang comel!� Teruja Sofiya membayangkan anak mereka kelak. Mata Farhan, hidung mancung Umaira, bibir tipis Umaira dan juga warna kulit Farhan. Comelnya!
�Daripada kau berangan anak orang, lebih baik kau fikir pasal diri sendiri. Bila kau nak kahwin? Boyfriend pun takde!�
Sofiya terdiam demi mendengar itu. Boyfriend? Tak pernah terlintas di fikirannya untuk mencari teman dalam masa terdekat ini. Selagi dia masih belum dapat menunaikan permintaan rakannya, selagi itulah dia rela bersendirian.
�Malaslah nak cari. Kalau orang tanya, aku jawab je la macam biasa.�
�Jawab apa? Aku boyfriend kau?� Tashriq mencelah dengan nada tidak puas hati. Sejak mereka bertemu semula, ramai lelaki yang mencuba nasib untuk memikat Sofiya, namun Sofiya menolak. Tak tentu pasal Tashriq yang menjadi mangsa. �Kalaulah diorang tahu yang kita ni adik-beradik..�
�Ala, diorang tak tahu pun. Chill je.. Nasib baik kan kita ni kembar tak serupa.�
�Hm..�
Dua-dua diam. Sofiya merenung langit manakala kaki Tashriq sibuk menguis lantai. �Subhanallah.. Lawa kan bintang malam ni?� kata Sofiya. Tashriq turut memandang ke arah langit, kemudian dia memandang Sofiya.
�Hm, cantik..�
Sofiya senyum. Tak lepas matanya dari memandang keindahan ciptaan Ilahi. Dia pernah melalui saat-saat sebegini dengan rakannya. Mereka akan baring merenung langit sambil bergurau senda. Ada masanya, mereka akan berbincang tentang hidup mereka. Sofiya jadi rindu saat-saat itu. Ya Allah, Kau rahmatilah dia..
�Kawan aku pernah cakap, bintang akan terus bersinar selagi ada yang mengharapkan bintang muncul. Mula-mula aku tak faham tapi lama-lama, aku faham jugak. Kau tahu apa maksud dia?�
�Tak..� jawab Tashriq yang masih lagi leka memerhati Sofiya.
�Maksudnya.. Hidup kita akan terus berjalan selagi kita nak teruskannya. Bila kita putus harapan, hidup kita dah pun 'mati'.� Kata Sofiya lagi. Tashriq diam, dia hanya mengiyakan di dalam hati.
�Tash.. Kalau kau kat tempat Farhan.. Kalau Nelly dah tak suci.. Kau akan terima dia ke?� Sofiya memberanikan dirinya untuk menyentuh perihal itu. Dia langsung tak berani untuk memandang Tashriq. Takut kalau-kalau Tashriq mengamuk.
Namun lain pula yang berlaku. Tashriq masih boleh menjawab dengan tenang. �Entah. Depends. Kalau macam Umaira, aku akan terima dia. Tapi kalau dia sendiri yang buat perangai, memang taklah..�
�Kalau.. Kalau Nelly tipu kau?�
Telinga Sofiya dapat menangkap tawa Tashriq. Berdebar dadanya menanti jawapan Tashriq. �Depends jugak. Aku tak boleh cakap apa-apa..�
Geram Sofiya dengan jawapan selamba Tashriq. Dia ingin memprotes tetapi sebaik dia menoleh, Sofiya tidak mampu keluarkan suaranya. Wajah Tashriq yang betul-betul di hadapannya membuatkan dia jadi kaku.
Jarak mereka terlalu dekat. Nafas Tashriq dapat didengarnya dengan jelas. Sofiya jadi keliru. Tak seharusnya dia merasa sebegitu kepada kembarnya sendiri.
�Tash..� Sofiya mengundur sedikit tetapi Tashriq menariknya hingga dia terdorong ke depan. Bertambah terpempan Sofiya apabila tangan Tashriq mula bermain di wajahnya. Dari rambut, Tashriq mengelus pipinya dan kemudian ke bibirnya.
Sofiya memejam matanya, takut membayangkan apa yang bakal berlaku. Namun tiba-tiba wajah seorang gadis muncul di matanya, semerta Sofiya membuka mata. �Ya Allah, Tash!� jeritnya lalu menolak tubuh Tashriq dengan kuat.
Sedikit sahaja lagi.. Kalaulah dia tewas dengan nafsu dan perasaannya sendiri, pasti Tashriq sudah mencium bibirnya. Ya Allah, apa semua ni? Sofiya menolak kerusi kasar dan berlari masuk ke biliknya, meninggalkan Tashriq.
�Ya Allah..� Tashriq meraup wajahnya. Rasa bersalah menghantui dirinya sendiri. Apa yang sedang terjadi kepada dirinya ? Mana perginya janji yang kononnya dipateri mati ?
*****
DUA MINGGU langsung tidak berjaya menjernihkan semula hubungan Tashriq dan Sofiya. Seorang ke timur, seorang ke barat. Bila Tashriq cuba menegur, Sofiya pasti mengelak. Pening Mak Cik Som dibuatnya.
�Fia gaduh dengan Tash ke?�
�Eh, takde la.. Kitorang kan kembar, takkanlah kitorang nak gaduh.. Fia saja je taknak kacau Tash lebih-lebih.. Kat office tu banyak sangat kerja. Kesian, Tash!� Sofiya pantas mencipta alasan. Berterus-terang dengan Mak Cik Som pasal peristiwa tempoh hari? Tidak. Itu ialah perkara terakhir yang akan dia lakukan. Malu!
Mak Cik Som mengangguk sendiri. Alasan Sofiya diterimanya. �Oh.. Mak Cik Som ingatkan korang gaduh. Ni.. Mak Cik Som nak mintak izin Fia. Boleh tak kalau esok Mak Cik Som nak balik kampung? Ada kenduri.. Semua family Mak Cik Som ada, rugi pulak kalau tak pergi.�
Sofiya yang baru hendak menyisip minumannya, tersedak tiba-tiba. Mak Cik Som segera menggosok lembut belakang Sofiya.
�Ap.. Apa? Nak cuti?�
�A ah.. Boleh tak?�
�Err..� Sofiya jadi serba salah. Nak halang, kesiankan Mak Cik Som pulak. Nak izinkan, maknanya dia akan tinggal berdua dengan Tashriq. Macam mana kalau benda tu jadi lagi? Aduhaiii..
�Hm, kalau tak boleh takpe la..� kata Mak Cik Som dalam nada kecewa. Hancur berkecai impiannya untuk berjumpa sanak saudara di kampung.
Sofiya pantas menggeleng. �Err, tak tak. Hm, Fia tak kisah. Takpe la, Mak Cik Som balik ye..�
�Betul ni?� Bersinar mata Mak Cik Som semerta. Ketara sangat kebahagiaan terpancar di wajahnya. Dalam tidak rela, Sofiya mengangguk. �Esok sebelum Mak Cik Som pergi, ingatkan saya bagi duit tambang..�
�Eh, takpe takpe. Duit Mak Cik Som ada. Cukup je.. Terima kasih, Fia!� Dan tangan Mak Cik Som lincah menyiapkan kerjanya.
Melihat senyuman di bibir Mak Cik Som, Sofiya jadi tidak keruan. Mak Cik Som senyum, dia pula yang gelabah. Macam mana nak tempuh hari esok?
*****
SELEPAS sehari suntuk berkurung di dalam bilik, Sofiya mula tak senang duduk. Nak keluar ke taknak? Nak keluar ke taknak? Sofiya memandang botol air 5 liter yang dibawa masuk ke dalam bilik tadi. �Dah habis? Adoii..� Sofiya mengerling jam dinding yang baru menunjukkan pukul 9 malam.
�Agak-agak Tash ada kat bawah tak, ek?� Sofiya berkata sendiri. Nak turun, dia takut terserempak dengan Tashriq. Tapi kalau tak turun, Sofiya takut dirinya yang mati kerana dahaga.
Sofiya menyingkap jendela biliknya dan melihat ke laman rumah. Kereta Tashriq tiada, bermakna Tashriq juga tiada. Ya, inilah masanya! Sofiya segera mencapai botol air itu lalu membuka pintu bilik perlahan-lahan. Sofiya menjengah ke bilik Tashriq pula. Bilik Tashriq juga gelap, bermakna dia masih belum pulang.
Senyuman Sofia melebar. Dengan bernyanyi riang, dia menuruni anak tangga. Sebaik kakinya menjejak anak tangga terakhir, Sofiya semakin gembira. Aras bawah yang gelap meyakinkannya yang Tashriq memang tiada di rumah.
�Nasib baik mamat tu takde.� Katanya senang. Sofiya mengatur langkahnya ke dapur.
�Kenapa kau mengelak dari aku ?� Suara garau yang cuba dielak itulah yang didengarinya. Sofiya cuba menenangkan dirinya. Dengan bersahaja, Sofiya menayang muka seposennya sedangkan dalam hati, Allah sahaja yang tahu.
�Takde maknanya aku nak mengelak.. Bila kau balik? Takde kereta pun kat luar?�
�Aku sengaja parking kat tepi simpang. Kalau aku parking kat luar, mesti kau tak keluar bilik, kan?� sindir Tashriq walaupun dia tahu memang itulah jawapannya.
Dah tahu, tanya lagi! �Aku takde mood nak keluar bilik. Itu je.�
�Takde mood nak keluar bilik sampaikan bawak botol air besar masuk bilik? Huh, tak pernah dibuat orang!� Tashriq mengerling botol air di tangan Sofiya.
Malas mahu menjawab, Sofiya mengangkat botol air itu. Tubuh Tashriq yang menghalang jalannya ditolak ke tepi. Makin lama mereka bersemuka, entah apa yang terjadi. Dahlah Mak Cik Som takde, lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga.�Aku na..�
Tashriq menarik tubuh Sofiya ke dalam dakapannya. Mulalah Sofiya rasa takut dan menyesal. Namun hari ini, fikiran dan fokusnya lebih waras. Dia tak akan terbuai oleh perasaan. Sofiya yakin.
�Aku taknak jauh dari kau.�
�Ya Allah, apa ni Tash.. Lepaslah. Lepas !� Namun pelukan Tashriq semakin ketat. �Tash.. Kita adik beradik Tash. Alangkan orang yang takde ikatan pun berdosa bila buat macam ni, lagikan kita berdua!�
�Kan bagus kalau kita bukan kembar.�
�Tash!� Sofiya menguatkan dirinya. Dia menolak Tashriq lalu menghadiahkan sebuah tamparan ke pipi lelaki itu. �Jangan biadap dengan aku, Tash! Kalau kau tak hormat aku sebagai kembar kau, hormat aku sebagai perempuan!!� Sehabis ayat itu, Sofiya berlari keluar dari rumah.
Tashriq terpempan.
*****
�Fia.. Kenapa semuanya jadi macam ni, Fia? Kenapa aku kena terjebak dalam perkara ni ?� Sofiya menangis sendirian di perhentian bas itu. Hari sudah malam, tiada orang yang menunggu bas di situ.Yang ada hanyalah dirinya.
�Aku cuma nak tunaikan permintaan kau je. Aku cuba tunaikan apa yang kau tak sempat nak buat waktu kau masih hidup. Salah ke aku nak tunaikan hajat kawan aku ?� Sofiya berkata lagi pada dirinya sendiri. Air mata dikesat namun ianya terus mengalir.
�Fia.. Kalaulah aku tahu semuanya jadi macam ni.. Kalaulah aku tahu aku akan jatuh cinta dengan Tashriq, sumpah Fia! Sumpah aku takkan menyamar jadi kau! Peduli apa dengan permintaan kau sebelum kau meninggal! Aku lebih rela jadi diri aku. Aku lebih rela jadi Alyssa!� tangisnya lagi.
Sofiya.. Dia sudah penat memegang identiti orang yang sudah meninggal dunia. Alyssa tidak betah lagi menyamar. Apalagi semuanya memakan diri sendiri. Dia keliru dengan perasaannya kepada Tashriq.
�Fia.. Aku dah tak boleh teruskan semua ni, Fia..�
*****
SEMALAM Alyssa hanya pulang ke rumah pada pukul 1 pagi. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku kepadanya. Hari ini pula, Alyssa keluar rumah seawal jam 7 pagi. Usai solat subuh dan bersiap-siap, Alyssa keluar dari rumah. Dia tak tahu ke mana arah tujunya. Alyssa hanya ikutkan rentak kakinya sahaja.
Tahu-tahu sahaja dirinya sudah sampai di Bukit Bintang. �Eh, tadi aku naik LRT ke ?� Alyssa bertanya bodoh pada dirinya. Hm, inilah jadinya kalau terlalu fikirkan masalah sendiri. Tak sedar langsung apa yang telah dilakukan.
Alyssa tersenyum sendiri. Dia terus berjalan namun langkahnya mati sebaik sahaja tiba di depan lintasan zebra. Alyssa mengangkat wajahnya. Kalau dia lintas jalan ini dan terus berjalan, dia akan sampai ke Pavilion, tempat di mana dia, Tashriq dan Nelly pernah meluangkan masa bersama. Tempat di mana Tashriq memimpin tangannya. Alyssa tidak jadi melangkah.
Dia memusingkan badannya dan berjalan lagi. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. �Maaf.. Saya tak sengaja.� Ucap Alyssa.
�Puas dapat menyamar jadi Sofiya?� Berdesing telinga Alyssa mendengarkan ayat itu. Ayat yang boleh dikira agak kurang ajar itu membuat Alyssa jadi geram.
�Kau?�
�Akulah.� Kata Arif bangga. Ternyata Alyssa masih mengenalinya selepas hampir tiga tahun mereka tidak bertemu.
Alyssa mengetap giginya geram. Baru 3 tahun dia aman tanpa gangguan Arif, kenapa sekarang dia muncul semula? Dan dari mana Arif tahu pasal dirinya menyamar sebagai Sofiya?
�Mesti best dapat duduk rumah besar.. Dapat adik baru lagi! Handsome jugak adik kau, kan? Eh, salah. Sebenarnya Tashriq tu lagi tua daripada kita.� Arif menayangkan sengihannya, kononnya bangga kerana dia mengetahui 'permainan' Alyssa.
Arif tak dapat nafikan, Alyssa memang gadis yang licik. Entah macam mana Tashriq boleh terpedaya dengannya, Arif tidak tahu.
�Mana kau tahu semua ni? Kau stalk aku ke ?�
�Takdela sampai stalk.. But, sort of la..�
�Kau ni memang tak guna, kan ?�
�Selagi kau tak bagi apa yang aku nak, aku akan terus kacau hidup kau, Alyssa !� Arif memberi peringatan kepada Alyssa. Selama setahun dia cuba menjejaki Alyssa yang hilang tanpa sebarang kata dan apabila dia berhasil menemui Alyssa, Arif ketawa sendiri bila Alyssa hidup dengan identiti Sofiya. Dia kenal siapa Alyssa dan dia juga kenal siapa Sofiya.
Selepas itu, Arif mula mengikut ke mana sahaja Alyssa pergi hinggalah ke hari ini. Tindakannya tidak ubah seperti orang gila talak.
�Aku takkan ikut kehendak kau sampai bila-bila. Kau faham tak ?� Alyssa menegaskan pendiriannya.
�Haihh, terpulanglah.. Sebenarnya, aku kecewa jugak tau. Aku ingat, lepas aku dah bongkarkan semuanya, kau akan hidup merempat. Lepas tu kau akan balik semula pada aku tapi aku tersilap. Panjang lagi jodoh kau dengan rumah besar tu, ek ?�
Dalam banyak-banyak ayat yang Arif tuturkan, hanya satu perkataan yang membuat Alyssa tertanya-tanya.�Bongkarkan?� Arif mengangguk. �Kau.. Kau.. Bongkarkan kat siapa?� Terbayang wajah Tashriq di matanya. Mungkinkah Tashriq?
Mata Alyssa terus melekat pada Arif. Dia takut untuk mendengar jawapan yang bakal Arif beri.
�Pada siapa lagi? Pada�� Tiba-tiba Alyssa rasa tangannya ditarik dan mukanya tersembam ke dada seseorang. Alyssa memejam matanya rapat-rapat. Aroma dari tubuh lelaki itu amat dikenalinya, semerta dia membuka matanya luas.
�Ta.. Tashriq !� Alyssa berundur setapak. �Ap.. Apa kau buat kat sini ?�
�Ikut aku.� Tashriq menarik tangan Alyssa sambil matanya memandang Arif tajam. Dari pandangan itu, Tashriq seakan menghantar amaran kepada Arif. 'Jangan ganggu dia !'
Alyssa tidak mampu membantah. Dia hanya biarkan tangannya ditarik Tashriq. Sekurang-kurangnya bersama Tashriq jauh lebih baik daripada Arif. Lelaki itu tidak habis-habis menyusahkan hidupnya.
*****
DI DALAM KERETA, kedua-duanya membisu seribu bahasa. Tashriq membuang pandang ke luar tingkap sementara Alyssa pula sibuk berfikir.
'Bongkarkan? Bongkarkan pada siapa?' soal hatinya. Penat dia memerah otak dari tadi. Nak kata Tashriq, rasanya layanan Tashriq biasa sahaja. Eh, kejap ! Layanan Tashriq biasa ? Mulalah Alyssa teringat beberapa peristiwa sebelum ini, yang mana Tashriq seakan-akan mengambil kesempatan pada dirinya.
Mata Alyssa membulat semerta. �Kau.. Arif..�
�Aku dah tahu.� Jawapan yang ringkas tetapi cukup untuk membuat jantung Alyssa berhenti berdegup seketika. �Tonight, you're going to tell me every single thing. Who is my sister, where is she, and who are you.�
�Bila kau tahu?�
�Almost a year.� Alyssa ketawa sendiri mendengar jawapan itu. Hampir setahun ? Maknanya hampir setahun dia terpedaya dengan lakonan Tashriq ? Kini Alyssa rasa dirinya bodoh.
�Cakaplah.� Kata Tashriq lagi yang berkobar-kobar mahukan kebenaran. Dia tak harapkan pertemuan sebegini. Dia punya rancangannya sendiri, di mana dia yang akan bongkar semua rahsia Alyssa sekaligus menghalaunya dari rumah. Tapi Tashriq tak mampu dan tak berdaya.
Alyssa menghela nafasnya, cuba mengumpul keberanian. Ya, inilah masanya. Bukankah dia sendiri sudah penat membawa identiti Sofiya ? Inilah masa yang paling tepat untuk dia hentikan segala-galanya. Tak kisahlah kalau Arif memberitahu Tashriq dalam versi lain tapi Alyssa akan tetap berlaku jujur.
�Lepas korang terpisah, mak bapak angkat aku jumpa dia. Diorang bela Sofiya macam mana diorang bela aku. Sejak daripada tu, aku dengan Sofiya jadi rapat. Aku adik, dia kakak. Dia sayang sangat kat aku. Dia selalu cakap, dia rindukan family dia tapi dia tak sampai hati nak tinggalkan kitorang. Sebab mak dengan abah sayangkan dia, lebih daripada diorang sayangkan aku..
Kitorang membesar sama-sama.. Fia cakap, dia tak sabar nak jadi dewasa. Bila dia dah dewasa, dia nak cari family dia. Aku janji dengan Fia, aku akan tolong dia. Tiba-tiba kitorang dapat tahu yang parents kau dah meninggal.. Fia jadi tak tentu arah. Dia nak jugak jumpa kau sebelum dia pulak yang meninggal..� Cerita Alyssa terhenti apabila air mata membasahi pipinya. Setiap kali mengenang Sofiya, air matanya tak pernah gagal mengalir. Sofiya ialah satu-satunya insan yang ada di saat jatuh dan bangunnya.
Tashriq mulai tidak senang duduk. Pertama, kerana air mata Alyssa dan kedua, kerana ceritanya. Macam mana Sofiya tahu dia bakal pergi?
�Sofiya sakit. Leukemia. Tahap akhir.�
�Ya Allah..� Tashrik bagaikan terhenyak mendengar kata-kata itu. Kembarnya menghidap leukemia? Semerta dia teringat arwah neneknya yang meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Air matanya juga menitis.
�Sofiya nak jumpa kembar dia. Bila Fia jumpa nanti, Fia nak cium peluk kembar dia. Fia nak mintak maaf sebab tak cari lebih awal. Fia nak mintak maaf sebab tak dapat temankan kembar dia waktu parents diorang meninggal. Fia nak sayang kembar dia sepenuh hati.. Fia nak kembar dia tahu yang Fia tak pernah lupakan dia walaupun sesaat.�
Terngiang-ngiang gelak tawa Sofiya di telinga, bagaikan merobek hati Alyssa. �Tapi, Fia tak sempat. Tubuh dia dah terlalu lemah bila dia putuskan untuk cari kau. Bila Fia tahu dia dah tak lama, Fia mintak tolong aku.�
�Tolong apa?� tanya Tashriq. Dia benar-benar penasaran. Ternyata kasih Sofiya kepadanya tak pernah luntur. Ya, dia juga sayangkan Sofiya tapi malangnya, dia langsung tidak memulakan sebarang operasi untuk menjejak Sofiya kerana Tashriq sangka Sofiya telahpun meninggal dunia.
�Fia.. Fia mintak aku ganti tempat dia. Fia nak aku menyamar jadi dia, jumpa kau.. Fia suruh aku sayang kau macam mana sayangnya seorang adik kepada abangnya.� Dalam tangis, Alyssa memberitahu hajat Sofiya di saat-saat akhirnya. Kerana hajat dan wasiat itulah, Alyssa yang terperangkap kini. Terbelenggu dengan wasiat dan rasa cinta.
Bibir Tashriq mengucap panjang. Barulah dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Alyssa bukannya sengaja mengambil kesempatan di atas kematian Sofiya, sebaliknya ini semua atas permintaan Sofiya. Jauh berbeza dengan apa yang disampaikan Arif.
�Sebab tu.. Sebab tu aku menyamar jadi Fia. Sumpah, demi Allah.. Aku takde niat nak tipu kau. Aku tak ambik kesempatan kat kau sebab kau kaya. Aku cuma nak tunaikan kehendak kawan aku je. Sofiya kawan aku dunia, insya Allah, di akhirat jugak. Aku sayang dia sangat-sangat.. Aku nak tunaikan permintaan dia.. Itu je..� Air mata Alyssa merembes keluar lagi.
Sofiya.. Moga roh kau tenang kat sana. Sekurang-kurangnya hati aku dah lega sikit lepas cerita semuanya kat Tashriq.. bisik hati Alyssa.
�Habis tu, DNA ? Semua kenangan kitorang adik beradik ? Macam mana kau boleh tahu ?� Tashriq menyuarakan kehairanannya. Mereka pernah melakukan ujian DNA dan ternyata ianya positif. Kalau Alyssa bukan saudara kandungnya, bagaimana hasil ujian boleh jadi positif?
Ingatan Alyssa melayang ke beberapa tahun yang lepas. �Fia tahu kau jenis yang susah nak percaya orang. Bila aku setuju tolong dia, Fia ceritakan semuanya kat aku.. Fia siap tulis important events untuk aku hafal. Kata Fia, semuanya penting. Mungkin kau akan tanya.
Pasal DNA pulak.. Fia suruh aku simpan beberapa helai rambut dia. Bila kau nak buat ujian DNA, aku guna rambut Fia. Aku tak tahu.. Aku cuma ikutkan kehendak Fia je sebab dalam kepala aku, aku nak Fia pergi dengan aman. Itu je..�
Betapa terperincinya fikiran Sofiya hinggakan dia dapat menduga apa yang berlaku. Terima kasih kepada akalnya itu, rahsia Alyssa masih selamat hinggalah Arif yang membongkarnya.
Tashriq mengesat air matanya. Dia memandang Alyssa. Perasaan ingin tahu sangat menebal dalam dirinya. �Kenapa kau? Kenapa bukan orang lain?�
Mendengar soalan itu, Alyssa senyum tipis. Jawapan kepada soalan ini pasti tidak dapat diterima akal oleh sesiapa tetapi itulah kebenarannya. Alyssa mengambil pursenya, sekeping foto diberi kepada Tashriq.
�Ni gambar aku dengan dia..� Seperti yang diduga, air muka Tashriq berubah seratus peratus. Tashriq melihat kedua-dua gadis yang ada di dalam foto itu. Seiras! Sangat seiras!
�Sebelah kanan aku, sebelah kiri Fia. Muka kitorang serupa, kan? Waktu mak abah selamatkan dia, mak abah ingat itu aku. Tapi bila diorang bawak balik rumah, rupa-rupanya aku ada kat rumah. Abah kata semua ni keajaiban. Aku sendiri tak percaya, dapat jumpa dengan orang yang sama muka dengan aku.� Alyssa tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa dulu.
Kelakar pun ada bila mengenang wajah pucat mak dan abah sewaktu melihat dirinya dan Sofiya. Mulanya abah sangkakan Sofiya ialah hantu, rupa-rupanya Sofiya ialah insan yang berkongsi rupa yang sama dengannya.
�Sebab tu Sofiya mintak tolong aku. Muka kitorang seiras.�
Tashriq seakan sukar mempercayai cerita Alyssa. Dia dan Sofiya yang berkongsi darah dan ibu bapa yang sama, langsung tidak mempunyai persamaan di wajahnya. Tetapi Alyssa dan Sofiya? Hampir tiada perbezaan pada wajah mereka berdua!
�Arif?�
�Dia cintakan aku. Kitorang pernah kahwin..�
�What?!� Terjerit Tashriq dengan kata-kata Alyssa. Arif bekas suami Alyssa? Bermakna Alyssa ini pernah berkongsi hidup dengan Arif? Gila! Aku memang bodoh!
�Kitorang dah bercerai.�
�Bila?�
�Lima hari lepas kitorang bernikah..� Alyssa tertunduk malu. Bayangkan dirinya yang gagal membela rumahtangga sendiri? Mesti Tashriq memandang rendah kepadanya saat ini.
�Sebab ?�
�Dia kantoi dengan perempuan lain..� Tiba-tiba hati Tashriq menjadi sayu. Tak sangka itu kisah Alyssa. �Sekarang, dia nak aku kahwin semula dengan dia. Dia nak dapatkan apa yang dia tak dapat sebelum ni..� Malu menyelubungi diri Alyssa tetapi entah kenapa, Alyssa rasa Tashriq perlu mengetahuinya.
�Wait. Don't tell me both of you had never..�
Lambat-lambat Alyssa mengangguk. Air matanya mengalir lagi. �Aku dah cakap apa yang kau perlu tahu. Sekarang, kau dah tahu semuanya. Aku bukan lagi kembar kau. Aku bukan Sofiya. Lebih baik kita cipta jarak antara kita berdua..� Sakit hati Alyssa sewaktu menuturkan itu.
Tashriq terkedu. Semua yang baru didengarnya membuatkan dia kehilangan kata-kata.
�Tash.. Aku dah cerita semuanya kat kau dengan jujur. Sekarang ni, tolong lepaskan aku.. Aku bukan Fia.. Keadaan kita tak boleh jadi macam dulu. Please, Tash..� rayu Alyssa lagi. Dia sudah tidak sabar-sabar mahu berjauhan dengan Tashriq. Biarlah dia pergi jauh dari Tashriq. Biar semua kisah ini terkubur begitu sahaja.
�Tapi.. Aku tak beritahu kau lagi.�
�Beritahu apa ?�
�Aku.. Aku sebenarnya lagi teruk daripada kau.� Tashriq tertunduk, semerta air matanya mengalir keluar. Tak sangka dia pernah mempunyai niat untuk menyakiti wanita sebaik Alyssa. �Kau ingat lagi waktu aku mengamuk ? Waktu tu, Arif dah cerita kat aku. Arif cakap, kau sengaja peralatkan aku dan Sofiya untuk hidup senang.
Aku sakit hati. Sakit sangat-sangat.. Boleh kau bayangkan bila kau tahu orang terpenting dalam hidup kau, tipu kau hidup-hidup? Aku ingat kau perempuan jahat, perempuan tak guna..�
Alyssa sudah menggeleng-geleng, menafikan semua tuduhan Tashriq kepadanya. Tuduhan itu ibarat asid yang disimbah ke hati. Pedihnya tidak terperi.
�Jadi.. Aku buat plan sendiri. Alang-alang kita bukan kembar kandung, aku nak buat kau jatuh cinta kat aku. Aku nak kau cintakan aku sampaikan kau tak boleh hidup tanpa aku..� kata Tashriq dengan penuh rasa bersalah.
Terkejut Alyssa dibuatnya. Semerta dia teringatkan layanan mesra Tashriq kepadanya. 'Tahniah, Tashriq! Kau dah berjaya buat aku jatuh cinta kat kau!' kata hatinya. Perit di hati tak terkata lagi. Selesai semuanya, Alyssa janji dia tak akan pernah bertemu Tashriq lagi. Tak kiralah dalam keadaan apa pun!
�Tapi..� Tashriq menggigit bibirnya. Sudah lama dia ingin mengucapkan ayat keramat ini kepada Alyssa, baru kini dia berjaya. �Aku sendiri yang jatuh cinta kat kau. Aku tak boleh hidup kalau kau takde. Aku tak boleh fikirkan perempuan lain selain kau!�
Bertambah lebat air mata Alyssa mengalir keluar. Pengakuan itu membuat hatinya sebak. Sebak kerana mereka berkongsi rasa yang sama tetapi tidak mampu untuk memiliki.
�Bila kau cuba jauhkan diri dari aku, aku rasa kosong. Bila kau tampar aku, aku rasa macam nak peluk kau, suruh kau mengaku semuanya. I just wanna tell you that I love you so much.. Aku sendiri kalah dengan permainan aku, Alyssa..�
Alyssa tenggelam dengan perasaannya. Esakannya semakin menjadi-jadi. Biarlah.. Dia tak akan membalas ungkapan cinta itu. Dia tak akan mengaku yang dia juga cintakan Tashriq. Alyssa nekad. Dia ingin meletak noktah pada permainan hidup ini.
�Tash.. It is enough. Kita berjumpa sebab.. Sebab aku nak tunaikan permintaan Sofiya. Aku yakin, kau dah pernah rasa kasih sayang seorang kembar, kan? Sekarang ni.. Semuanya dah tamat. Takde lagi Tashriq dan Sofiya. Yang ada cuma Alyssa.�
�Tapi aku taknak jauh dari kau!�
�Kalau kau taknak jauh dari aku, habis tu Nelly macam mana ?� Alyssa mengungkit nama Nelly, biar Tashriq sedar yang dia masih mempunyai Nelly di dalam hidupnya. �Dahlah, Tash.. Biarkan semuanya tamat kat sini.�
�Tapi..�
�Takde tapi tapi. Aku tetap dengan keputusan aku. Biarkan aku pergi. Aku yakin, cinta dalam hati kau tu cuma mainan perasaan. Kau cintakan Nelly, bukan aku !�
Tashriq diam. Sedikit sebanyak kata-kata itu masuk ke dalam mindanya. Kini Tashriq sedar, mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Alyssa. Memberi dirinya dan Alyssa ruang untuk berfikir tentang perasaan masing-masing. Manalah tahu kalau Alyssa merinduinya nanti?
�Okay.� Sebab aku yakin, kita ada jodoh macam Umaira dan Farhan.. Tashriq menyambung ayat terakhir itu di dalam hatinya.
*****
Setahun kemudian�
GELAK tawa anak-anak kecil di taska itu mengubat semua luka Alyssa. Suka dia melihat keletah anak-anak itu. Membuatkan dia lupa pada kisah silamnya sebelum dia bertemu keluarga angkatnya.
�Cikgu.. Ada bunga untuk cikgu.� Suara Norsiah dari belakang menarik Alyssa keluar dari ingatan kisahnya. Alyssa menoleh dan semerta dia melepaskan keluhan berat. Bunga lagi? �Untung cikgu.. Tiap-tiap hari dapat bunga.� Usik Norsiah yang nyata cemburu dengan Alyssa. Tunangnya sendiri tak pernah menghantar bunga ke tempat kerja.
Alyssa tersenyum sumbing. Untung? Kad yang terselit di jambangan bunga itu diambilnya. �Takpe la.. Kak Siah ambiklah bunga tu. Hari ni saya bagi Kak Siah pulak..� ujar Alyssa bersama senyuman ikhlas. Sebelum ini, sudah semua pekerja di taska ini sudah menerima bunga itu. Kini giliran Norsiah pula.
Selepas mengucapkan terima kasih, Norsiah berlalu dengan perasaan teruja. Alyssa segera membaca tulisan yang tercoret di atas kad itu.
'Setiap hari saya berharap agar Allah akan dekatkan jarak kita. Love, IT'
�Dekatkan jarak kita?� Alyssa tersengih sinis. Si penghantar yang bernama IT pun tak dikenalinya, macam mana nak dekat? Sejak sebulan yang lalu, dia menerima bunga itu. Pada awalnya Alyssa agak teruja, menyangka ada orang yang sukakan dirinya. Lama-kelamaan, dia jadi takut. Jangankan ada orang gila yang menghendapnya tak? Arif? Oh, tolong jangan!
�Cikgu! Arizal nangis!� Jeritan Maya dan tangisan Arizal membuat Alyssa terus berlari ke arah mereka. Lupa terus pada IT dan juga Arif.
*****
�Awak?� Membulat mata Alyssa sebaik sahaja sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang duduk bersahaja di depan matanya. Lelaki itu mengulum senyum. Lebur rindunya setelah bertentang mata dengan Alyssa.
Alyssa jadi celaru. Nak keluar daripada restoran ni ataupun duduk, bertentang mata dengan dia? Akhirnya, Alyssa memutuskan untuk keluar. Terkial-kial lelaki itu mengejarnya.
�Alyssa ! Alyssa !� Jeritan itu mematikan langkah Alyssa. Inilah realitinya dan Alyssa tahu, dia harus menghadapinya. Dan Alyssa mesti mengaku dia rindukan wajah itu, suara itu.
�Kenapa awak lari dari saya ni?�
Alyssa geleng. Mahunya tak lari? Dia sendiri masih tak percaya. Sebentar tadi IT menghantar bunga lagi dan IT meminta agar Alyssa bertemunya di kafe yang terletak berhampiran dengan taska. Entah apa yang merasuk Alyssa, dia arahkan kakinya ke kafe itu. Mungkin kerana perasaan ingin tahu yang menebal.
�Saya tak lari dari awak..� jawab Alyssa. Dia mengangkat wajah dan menyambung lagi, �Ian Tashriq.� Ya, kini baru Alyssa ingat bahawa IT bermaksud Ian Tashriq, nama penuh lelaki yang pernah menjadi kembarnya. Kenapa dia tak pernah terfikirkannya sebelum ini?
Tashriq senyum, ternyata setahun tak cukup untuk mengikis namanya dari fikiran Alyssa. Ya, dia juga begitu. Tak pernah sesaat berlalu tanpa dia memikirkan Alyssa. �Saya dah jumpa awak.� Terangkat kening Alyssa. Dah jumpa? Memanglah dah jumpa ni.
�Awak nampak cantik pakai tudung.� Pujinya ikhlas. Alyssa mengulum senyumnya tapi untuk sementara sahaja. Bila dia teringatkan seseorang, Alyssa terus bertanya kepada Tashriq.
�Mana Nelly? Apa awak buat kat sini? Kenapa awak hantar bunga kat saya?� soalnya bertalu-talu.
�Awak ni. Saya dah depan mata awak ni, kenapa tanya pasal Nelly lagi?�
�Tash..� Alyssa mengeraskan suaranya. Dia serius, Tashriq main-main. Mahunya tak geram?
�Haha, garanglah awak ni. Tapi takpe, saya tetap suka. Saya dengan Nelly dah putus. Dia yang mintak saya lepaskan dia, sebab dia geram bila saya asyik fikirkan awak..� kata Tashriq bersahaja, seolah-olah ianya adalah satu perkara yang perlu dibanggakan.
Alyssa mengigit bibirnya. Dia rasa bersalah terhadap Nelly. Meski dia tak tahu apa yang berlaku setahun yang lalu, Alyssa tetap berdoa agar Nelly tidak membencinya.
�Dahlah. Saya nak balik.�
�Saya rindu awak.� Ucapan keramat dari bibir Tashriq seakan mempunyai auranya apabila Alyssa tidak jadi melangkah. Dia berdiri tegak di situ. Tashriq mendekatinya dan berkata lagi, �Demi Allah.. Saya terlalu rindukan awak, Alyssa..�
Kalaulah mereka berada di setahun yang lalu, sudah pasti Tashriq akan memegang tangan Alyssa dan memeluk gadis itu. Namun Tashriq sedar kini, ada batasan antara mereka. Alyssa sudah bertudung, dia hormati itu. Dan dia sendiri sudah bertemu ustaz untuk meminta pendapat tentang masalahnya.
Kata ustaz, lakukan solat sunat istikharah. Masalah hidup akan terus membelenggu kita, apalagi bila membabitkan perasaan. Kalau kita biarkan nafsu menguasai diri, nerakalah tempatnya. Andai kita pernah terlanjur perbuatan, maka bertaubatlah. Dan jika niat Tashriq ikhlas, ustaz menasihatkannya agar meminang Alyssa.
�Ustaz cakap, kalau saya ikhlas, saya kena masuk minang awak.�
�Haa?!� Terjerit Alyssa. Berjumpa lepas setahun, tak cakap apa-apa, tiba-tiba cakap pasal peminangan?! �Jangan nak merepek, boleh tak? Awak tak kenal siapa saya, dah kenapa tiba-tiba nak hantar pinangan bagai?�
�Kenapa, tak boleh ke? Saya terima awak apa adanya. Sama macam Farhan dan Umaira..�
�Dahlah, Tashriq.. Balik je la. Saya takde masa nak layan gurauan ni. Entahkan saya ni kena Wakenabeb ataupun Bang Bang Boom. Dahlah, pergilah balik !�
�Nur Alyssa Maisarah bt Ibrahim. Graduan UiTM. Anak angkat Encik Rafiq dan Puan Rahimah. Membesar dengan Irin Sofiya. Pernah berkahwin dengan Arif tapi..� Tashriq tersenyum nakal, membuatkan Alyssa rasa lutunya lemah.
Tashriq dah gila. Entah bila dia buat siasatan tentang dirinya, Alyssa tak tahu.
�Saya cuba cari awak dan saya dapat tahu kat mana mak abah awak tinggal. Saya pergi jumpa mak abah. Diorang pun ceritakan benda yang sama. Pasal Fia mintak awak menyamar.. Saya mintak maaf kat diorang sebab pernah ambik kesempatan kat awak. Saya mengaku saya salah, tapi saya tak malu nak mengaku sebab saya sayangkan awak. Dan sekarang, saya cuma nak awak tahu.. Saya betul-betul cintakan awak, Alyssa..�
Pengakuan Tashriq itu berjaya membuat Alyssa menangis. Tak sangka begitu sekali Tashriq berusaha untuk mendapatkannya.
�Mak abah izinkan saya melamar awak. Diorang yang suruh saya cari awak kat sini.. Taska ni milik abah, kan ?�
Lambat-lambat Alyssa mengangguk. Memang taska ini milik Encik Rafiq dan memandangkan dia hanya bergoyang kaki di rumah, lebih baik dia membantu Encik Rafiq menjaga taska.
Melihat air mata Alyssa, hati Tashriq kembang setaman. Puan Rahimah pernah memberitahunya, selepas Alyssa pulang, Alyssa selalu termenung. Tawanya tak seceria dulu. �Dia teringatkan Tash la tu..� kata Puan Rahimah yang sedikit sebanyak menyuntik semangatnya.
�Awak tak cakap apa-apa, tapi saya tahu.. Air mata awak tu sebab awak happy jumpa saya balik, kan?� tebak Tashriq dengan senyuman nakal. �Awak speechless sebab awak terharu dengan usaha saya, kan?�
�Tash..�
�Takpe.. Saya faham.. Awak nak cakap yang awak pun cintakan saya, kan?�
�Tashriq!�
Meledak tawa Tashriq tika itu. Pipi Alyssa yang merah meyakinkannya bahawa hati Alyssa juga miliknya. Tashriq menyeluk poket seluarnya untuk mengambil sapu tangan lalu diberi kepada Alyssa.
�Laplah air mata awak tu.. Nah.�
Alyssa mengambil sapu tangan itu. Tiba-tiba dia tergelak pula.
�Kenapa ?� tanya Tashriq hairan.
�Takde apa-apa.. Cuma.. Cuma saya pelik. Ada lagi lelaki yang bawak sapu tangan, eh ?� usik Alyssa pula. Baru sekarang dia mendapat kekuatan untuk bersuara, sekaligus mengenakan Tashriq. Dari tadi asyik Tashriq yang bercakap.
Tashriq ketawa, senang hati dengan usikan itu. �Awak terima saya?�
Mustahil untuk Alyssa menggeleng. Sewaktu dia menyamar sebagai Sofiya lagi, hatinya terbuka untuk lelaki bernama Ian Tashriq. Bila lelaki itu sendiri melamarnya, tiada sebab untuk Alyssa menolak. Apalagi Nelly sudah tiada dalam kamus hidup Tashriq. Arif? Lelaki itu juga tiada lagi di dalam hidupnya. Andai Arif muncul semula, Alyssa tidak gentar kerana dia tahu, dia punya Tashriq.
�Saya beri awak tiga peluang untuk tanya saya soalan. Lepas awak dah tanya, baru saya akan beritahu jawapan saya.� Sengaja pula Alyssa bermain tarik tali dengan Tashriq.
Tiga soalan? �Pertama, awak taknak belajar masak ke? Takkanlah lepas kahwin kita nak makan kat luar?�
�Saya pandai masak. Sebut je awak nak makan apa, semuanya saya tahu. Tapi bila saya jadi Sofiya, saya tak boleh masak. Sebab memang itulah karakter Sofiya.� Jawapan Alyssa memberi penjelasan kepada soalan Tashriq sebelum ini. Bermakna, sewaktu dia dan Mak Cik Som tiada di rumah, Alyssa menyediakan makanannya sendiri!
�Kedua, awak dengan Arif..�
�Tashriq, banyak-banyak soalan, kenapa awak nak tanya tu jugak..� Alyssa mengetap giginya geram. �Yalah yalah, memang saya pernah kahwin dengan dia. Tapi saya tak 'sempat' pun sebab waktu kitorang kahwin, saya pulak datang bulan. Kan kitorang cerai lima hari lepas nikah..� Dalam rasa malu menerpa, Alyssa terpaksa jua berterus-terang. Sehingga kini, dia masih memegang gelaran 'Janda Berhias'. Tak sangka Tashriq masih ingin mendengar pengakuan dari bibirnya sendiri.
Lebar senyuman Tashriq. �Okay, saya puas hati dengan jawapan awak. Soalan terakhir, awak cintakan saya tak?�
Alyssa mengaru kepalanya. �Hm, macam mana nak cakap ek. Saya pun tak tahu sebenarnya. Tapi, rasanya.. Tak kot.�
�Tak?�
�Saya tak boleh kalau tak cintakan awak..� Semerta Tashriq tersipu malu. Baru pertama kali dia mendengar ucapan cinta dari Alyssa dan hatinya menyanyi riang.
Melihat reaksi Tashriq, Alyssa senyum sendiri. �Saya cintakan awak. Bukan sebab awak anak orang kaya, bukan sebab rumah awak besar. Tapi, sebab awak Ian Tashriq. Dan ya, saya terima lamaran awak.� Ucap Alyssa setulus hati.
�Alhamdulillah.. Thanks, Alyssa.. Sebab awak bagi saya peluang. Peluang untuk dekatkan jarak kita.�
Tashriq dan Alyssa saling berbalas senyum. Ya, mereka akan berusaha untuk dekatkan jarak itu. Bukan dengan sekadar kata-kata cinta tetapi dengan ikatan pernikahan.
�Tapi kan.. Alyssa.. Awak tahu something tak?�
�Apa dia?�
�Sebenarnya.. Majlis kita lagi dua minggu.�
�Haa?!� Terjerit Alyssa. Betul ke apa yang telinga dia dengar? Dua minggu? Majlis apa? Majlis tunang? Majlis nikah ?
�Mak abah cakap, tak elok tunggu lama-lama. Dua minggu lagi, kita terus je nikah. Diorang dah setuju..� Mulalah Alyssa rasa bengang. Kenapa mak abah buat keputusan tanpa bertanya padanya terlebih dahulu ?
�Takpe la.. Lagipun saya cinta awak, awak cinta saya. Bahaya kita berdua ni..� ujar Tashriq yang mempunyai maksud tersirat.
�Ya Allah, Tash ! Gatalnya awak ni !�
�Hahaha, tahu gelabah ! Dah, jangan banyak cakap. Jom balik, kita prepare untuk majlis kita ye sayang?�
Alyssa tersenyum malu. Bila Tashriq mula berjalan, Alyssa cuba menyainginya.
�Lepas kita kahwin nanti, duduk rumah saya, nak tak ? Mesti Mak Cik Som suka. Bila saya cerita pasal awak menyamar, mula-mula dia terkejut. Tapi lepas tu dia cakap, niat awak baik..� kata Tashriq kepada Alyssa.
�Okay.�
�Boleh tak kalau saya nak empat orang anak. Dua lelaki, dua perempuan.�
�Okay.�
�Awak masakkan untuk saya tiap-tiap hari?�
�Okay.�
�Okay je dari tadi?� tanya Tashriq tak puas hati. Alyssa angguk lalu menjawab, �Sebab nanti awak jadi imam saya, mestilah saya ikut je apa yang awak nak.. Tapi ! Saya taknak buat ucapan sejam macam Umaira-Farhan, eh !�
Senyuman Tashriq tidak dapat ditahan lagi. Mereka berdua terus berjalan beriringan dan Tashriq menyuarakan pelbagai permintaannya. Sesekali Alyssa akan menolak jika permintaan itu agak sukar untuk dia penuhi.
Tashriq dan Alyssa.. Mungkin mereka bertemu dalam keadaan yang tidak dijangka namun ianya mampu membuahkan bibit cinta. Dan kini, jarak mereka semakin hampir. Sedikit masa lagi, tiada lagi jarak di antara mereka berdua. Kerana pernikahan akan menyatukan mereka. Insya Allah..
-TAMAT-


Slot Samarinda: Dekatkan Jarak Kita Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan