Pada musim lalu, kita telah menyaksikan Fatin dari Kelantan dinobatkan sebagai juara. Kali ini, gadis dari negeri manakah yang bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?
Berikut ialah senarai para peserta Clever Girl Malaysia musim kedua:
- Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara, 24 tahun, Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik) Perak
- Hani Nazrina Binti Hanizar (Hani, 21 tahun, Usahawan & Graduan Sains Aktuari) Perlis
- Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera, 27 tahun, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan) P.Pinang
- Aliasuraiya Binti Mohd Isa (Alia, 25 tahun, Eksekutif Operasi & Mahasiswi Pengajian Nautikal) Melaka
- Vishebannu A/P Krishnan (Visha, 22 tahun, Mahasiswi Perundangan) Johor
- Nur Iylia Binti Badaruddin (Iylia, 27 tahun, Mahasiswi Perakaunan) Kedah
- Fadila Zukaira Binti Mohd Nor (Fadila, 24 tahun, Mahasiswi Pendidikan) N.Sembilan
- Mas Syahmi Izzah Binti Izhar (Mas, 24 tahun, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal) W.Persekutuan
- Nurul Shazalina Zainudin (Shaza, 30 tahun, Mahasiswi Perubatan) Kelantan
- Nurul Ain Binti Aziz (Ain, 27 tahun, Usahawan & Graduan Pembangunan Manusia) Pahang
- Nur Emyllia Binti Halmi (Emyllia, 28 tahun, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia) Terengganu
- Syafiqah Binti Ishak (Ika, 30 tahun, Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan) Sabah
- Shazana Binti Kamarnzaman (Shazana, 24 tahun, Mahasiswi Perubatan) Selangor
- Camellia Binti Onn (Camy, 28 tahun, Ahli Geologi) Sarawak
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, Clever Girl Malaysia mempunyai konsep yang berbeza daripada program realiti lain di mana program ini lebih mengetengahkan konsep intelektual.
Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman, �Sebagai program realiti �game show� Nombor 1 di Malaysia, kami amat bangga kerana dapat menjadi sebuah platform khas buat kaum wanita untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Alhamdulillah, atas respon penonton yang memberangsangkan, kami meneruskan program ini untuk musim kedua. Oleh itu, Kami berharap 14 peserta kali ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada para penonton, terutamanya anak-anak muda.�
Memasuki musim baharu, Clever Girl Malaysia masih akan menilai prestasi dan kebolehan setiap peserta berdasarkan kemampuan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang dikemukan kepada 14 peserta ini telah pun diluluskan oleh pihak Mensa. Para peserta yang bakal bersaing untuk musim ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.
Penonton setia sudah pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapakah 14 orang gadis yang bakal bersaing di pentas Clever Girl Malaysia kali ini.
Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, Jangan Berhenti Memuji oleh Serai Mas Herbs Trading selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.
Menurut kata Puan Marlinda Jasrizal, Pengurus Syarikat Serai Mas Herbs Trading, �Serai Mas sebagai penaja utama Clever Girl Malaysia, selaras dengan kehendak pengguna kini, yang menginginkan untuk berketerampilan dengan produk wajah yang selamat, mudah dan berkesan. Ratna Skincare, seiring dengan rahsia wajah awet muda sepanjang usia. Sayangku Ratna, Jangan berhenti memuji. Ratna Skincare Keluaran Serai Mas mengharapkan pengguna teruja dan serasi dengan menggunakan produk Ratna Skincare, berasaskan bahan natural, tiada kesan sampingan. Istimewanya ratna skincare. Makin lama pakai, makin berseri kulit wajah. Sayangku Ratna, Ratna Skincare, Jangan berhenti memuji.�
Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.
Untuk Pusingan Penentuan: Juara Mingguan, dua peserta yang berada dikedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.
Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penentuan; Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.
Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkiran. Terdapat dua cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau dengan hashtag #clevergirlmy di laman sosial Twitter.
Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter pula, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy <jarak> #C.
Lebih seribu orang peserta telah menghadiri peringkat pertama sesi uji bakat yang telah berlangsung selama enam minggu di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang (1 April), Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (8 April), Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 April), Persada Johor Convention Centre, Johor (22 April), Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang (29 April) dan Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor (6 & 7 Mei).
Krew penerbitan diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.
Siapakah antara 14 orang gadis ini layak menjadi �Clever Girl� yang seterusnya? Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung bermula 4 Ogos 2017 dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam � 10.00 malam, hanya di TV3!
Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.
Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web www.tv3.com.my/clevergirl.
0 comments:
Catat Ulasan