[RASMI]-Duda Pujaan Dara lakonan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson


Timeline Cover
Timeline Cover
Duda Pujaan Dara lakonan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson
Drama bersiri Duda Pujaan Dara adalah adaptasi dari novel karya Hanny Esandra. Tterbitan Suhan Movies & Trading dan arahan pengarah Jamal Khan. Mula bersiaran di slot Mega Drama, Astro Ria 104 (HD 123).

duda pujaan dara

Para Pelakon

Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Isyariana, Nazierah Amin, Rania, Syafiq M. Nazri.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12

Sinopsis Duda Pujaan Dara

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

�Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?� - Ainee Marwah
�Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.� - Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you� - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? - Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Saksikan drama Duda Pujaan Dara yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Duda Pujaan Dara lakonan Kamal Adli dan Zahirah Macwilson Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan