[RASMI]-Transit Terakhir lakonan Amar Asyraf dan Fahrin Ahmad


Timeline Cover
Timeline Cover
Transit Terakhir lakonan Amar Asyraf dan Fahrin Ahmad
Cerekarama Sabtu ini bertajuk Transit Terkahir terbitan Enuja Production Sdn Bhd, arahan Ellie Suriati dan skrip Nor Azwanizan Awang.

Transit Terakhir

Video TransitTerakhir

Para Pelakon

Amar Asyraf, Fahrin Ahmad, Aleeza Kassim, Ruslan Salleh, Nisdawati dan ramai lagi.

Sinopsis Transit Terakhir

Khalif 22 tahun, seorang anak muda yang sering menghabiskan waktu hidupnya dengan berseronok dan berfoya-foya bersama rakan-rakannya. Walaupun pada hakikatnya Khalifberpelajaran dan merupakan seorang graduan, namun disebabkan terpengaruh dengan kawan-kawan, jiwa mudanya hanya memikirkan untuk berseronok dengan aktiviti bermain snooker dan merempit.

Khalif juga tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana sikapnya yang terlalu memilih kerja.Lantaran sikap itulah yang membuatkan kedua orang tuanya iaitu PAK AKOB dan MAK NAH begitu kecewa dengan Khalif.

Apatah lagi Pak Akob yang telah berusia tetapi masih lagi gigih bekerja untuk menyara keluarga mereka..Pak Akob bekerja sebagai seorang pemandu van jenazah dan dia amat di senangi oleh rakan-rakannya. Dengan pekerjaan itulah dia menyara kehidupan mereka anak beranak. Namun Khalif malu dengan pekerjaan bapanya itu dan dia sering menjadi bahan ejekan di kalangan geng rempit terutamanya Godeng.

Saksikan nanti cerekarama Transit Terkahir yang akan ditayangkan pada Sabtu ini 7 Oktober 2017, 9.00 malam di TV3.
Transit Terakhir lakonan Amar Asyraf dan Fahrin Ahmad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan