Assalamualaikum, Salam travel.
Tak lengkap percutian di Sabah jika tidak melawat pulau-pulau di Sabah.
Untuk di Kota Kinabalu. Kami stay di hotel Kinabalu Waterfront. Kedudukan hotel amat strategik. Sebelah Mall, Dekat dengan Pasar Filipina.
memang recommend Hotel ni. Setiasa full hotel kalau book online.
Hari ketiga plan kami adalah aktiviti pulau. Kami bertolak ke Jesselton Point dalam jam 7:30 pagi. Lebih kurang 15 min dari hotel.
Parking di Jeselton berbayar.
kertas ni kena sentiasa simpan elok-elok sampai habis. Sebab tiap kali naik bot dan sampai pulau kena tunjuk.
Pertama sekali bila sampai Jesselton Point ni, pi beli tiket untuk ke Pulau. Ada banyak kaunter, so korang boleh survey harga.
Kami pilih Island Hope(Kaunter 10). Harga:
- 1 pulau - RM23 Kk - rm18
- 2 pulau - RM33 Kk -rm 23
- 3 pulau - RM43 Kk - rm28
- 4 pulau - RM53 Kk- rm33
Harga di Terminal(bayar asing di Terminal) termasuk GST
Dewasa : RM7.63
Kanak-kanak : rm3.82
Sewa Peralatan
Jaket Snorkeling : rm10
Google Snorkeling : RM10/pack
Boleh diskaun kalau korang pandai tawar-menawar. Kami ambik 2 je walaupun kami berempat, guna gilir2..(nak jimat)
Jaket Keselamatan, jaket snorkeling dan google mereka akan bagi ketika naik boat.
Tips: Ambik pakej island hoping dan snorkeling di kaunter ye). Jangan ambik pakej kalau ada orang approach sebab tempat naiknya bukan di Jetty, jauh kena jalan)
WAKTU PERJALANAN BOT
Pergi: 8.30 am dan seterusnya (Setiap 30 minit)
Balik: 12.00 pm hingga 5.00 pm (Setiap 1 jam)
Pastikan korang naik bot syarikat yang korang book. Tak boleh naik bot lain. Jadi kenalah ingat nama company Island hope misalnya. Sebab tiap pulau, ada tourist guide tiap syarikat. Jadi tengok logo atau tag dorang. Tourist guide akan calling nama company depa dan nama pulau seterusnya di jeti,
Contoh dari Pulau Sapi nak ke Pulau Mamuntik,
Depa akan jerit Island Hope Mamuntik Island.(time ni kena alert) keke. Kalau tak terlepas bot. Sebabnya bukan sikit orang masa pertukaran pulau. Tambah lagi ada banyak bot(means ada banyak company)
- Fee Taman laut:
RM3 untuk dewasa/ RM1 untuk kanak-kanak
- Bekal Makanan
Beli siap-siap kat Jetty Jeseltton. Kami siap beli bekal nasi lemak, snack, sosejdan air mineral di Jetty. Berat sikit la bawa tapi its ok. Berbanding harga di Pulau boleh jadi 2 kali ganda dari harga di Jetty.
Tips: Sunblock wajib bawa ye.
Island Hopping - Pulau Sapi
Island Hopping - Pulau Sapi
Pulau Sapi bagi admya paling best. Sebab ikan berenang di tepian pantai gitu. Tak perlu snorkeling. Kalau snorkeling lagi banyak ikan. Pulau Sapi ni sesuai untuk camping, picnic.
Tip: Bawa tikar pantai atau seumpamanya dengannya untuk duduk sebab meja terhad.
Pantai pulau Sapi ni takde le panjang. Kecik je, jadi pandai-pandai la cari port ye. Kalau weekend dekat tengahari tu ramai le orang. Mujur masa kami pergi, pulau Sapi ni pulau pertama, jadi bebas, sebab orang tak ramai.
Tanda benda ni korang kena tengok. Kalau keluar bendera selain dari hijau..life guard akan tiup wisel untuk panggil korang berenang balik ke kawasan selamat.
(Mostly tempat ni ada batu karang yang tajam-tajam macam tu).
Biasanya tiap pulau, ditetapkan lebih kurang 3 jam macam tu. Jadi kami pergi ke pulau ke 2 jam 11 pagi.
Pulau Manukan
Pulau Manukan view paling cantik dan paling happening. Sebab pe? Banyak aktiviti laut korang boleh buat kat sini. Antaranya
- Sea walking
- Scuba Doo
- Parasailing
- Jet Ski
Harga boleh dapat diskaun, terutamanya bila agen bot korang yang offer.
Kat sini pun macam-macam kedai ada. Tapi harga dia faham-faham jela. Korang boleh menginap kat sini(jika mampu).Ada chalet dan resort kat sini. Kami tak la stay. datang 3 jam je haha.
Pantai kat sini, takde ikan di tepian pantai. Kena ke tengah sikit. Al-maklum pantai dah penuh dengan orang.Mana ikan nak datang.
Tips:
Dah jom kita pergi ke Pulau ketiga
Pulau Mamutik
Pulau paling kecil di Taman Laut Sabah. Dekat dengan Pulau Manukan. Jadi perjalanan boat takde la lama.
Time sampai takde orang, time balik, penuh dengan manusia.
Pulau ni takde resort.Jadi tak usah nak berangan nak stay kat sini.
Aktiviti pulau yang boleh buat:
Kat sini pun macam-macam kedai ada. Tapi harga dia faham-faham jela. Korang boleh menginap kat sini(jika mampu).Ada chalet dan resort kat sini. Kami tak la stay. datang 3 jam je haha.
Pantai kat sini, takde ikan di tepian pantai. Kena ke tengah sikit. Al-maklum pantai dah penuh dengan orang.Mana ikan nak datang.
Tips:
- Kalau tak stay,pastikan sebelum jam 4 dah siap packing ye. Pulau ni tutup jam 4.
- Nak Camping kat sini? NO...NO.. CAMPING IS NOT ALLOWED HERE!
Dah jom kita pergi ke Pulau ketiga
Pulau Mamutik
Pulau paling kecil di Taman Laut Sabah. Dekat dengan Pulau Manukan. Jadi perjalanan boat takde la lama.
Time sampai takde orang, time balik, penuh dengan manusia.
Pulau ni takde resort.Jadi tak usah nak berangan nak stay kat sini.
Aktiviti pulau yang boleh buat:
- Camping - kena minta izin di kaunter. Kalau nak sewa khemah pun boleh juga. rm40
- Jungle trekking- 385 meter. Boleh habis kurang dalam sejam. (admin tak larat, sebab ni pulau yang ketiga, pastu panas terik pulak tu.Kami lebih menikmati pemandangan kat sini. Kat pulau ni ada kedai souvenir, tak macam Pulau Sapi.
Kalau ikut jadual, bot kami sampai jam 4:30 petang untuk pick up. Tapi sebab geng dah tak larat(sakan berenang) kat 2 pulau. Jadi stay kat pulau ni satu jam je.
Tips: Kalau korang dah tak larat dah dan plan nak balik awal dari jadual kena call center- no telefon pada kertas resit yang dorang bagi(kaunter supaya mereka boleh arrange)
Contohnya
Sepatutnya dalam jadual korang balik jam 4 tapi korang nak balik jam 3, jadi kena depa untuk arrange pelancong dan boat yang bakal jemput korang. Kalau boat penuh atau terlalu sedikit tak boleh nak balik.
Time kami hari tu, cukup satu bot untuk balik ke Jeti. Alhamdullilah. Kalau tak, duduk la kat pulau sampai jam 4.
Pastikan korang jangan terlepas bot kat sini. Kalau tak kena la bermalam di pulau.
Pastikan korang jangan terlepas bot kat sini. Kalau tak kena la bermalam di pulau.
Sampai jeti terus shoot balik hotel.
Aktiviti Malam.
Makan seafood.
admya: page ini masih diupdate
0 comments:
Catat Ulasan