Program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu diberi nama Gegar Lawak bakal menampilkan 14 kumpulan peserta yang terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio dari negara Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura). Mereka ialah Hezry, Tasya, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Kiut dan Abata.
Gegar Lawak bakal bersiaran secara langsung selama sembilan minggu bermula 19 Januari 2018, pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 123) dan Warna HD (saluran 134). Juga boleh didapati di platform digital, Astro GO dan �On Demand�.
Gegar Lawak menggandingkan Kamal Adli dan Fad Bocey sebagai hos program, manakala pelawak Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula menjadi 'Rakan Komedi' yang akan membimbing dan membantu membangunkan idea setiap peserta.
Para peserta akan diadili oleh dua juri tetap (Douglas Lim) dan seorang juri jemputan setiap minggu. Pemberian markah daripada barisan juri merangkumi 70 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Gelaran juara dan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.
� Tirai Gegar Lawak (Jumaat, 19 Januari 2018, jam 10.00 malam)
� Gegar Lawak - Persembahan mingguan (Setiap Jumaat mulai 26 Januari 2018, jam 10.00 malam)
� Kapsul Gegar Lawak (Rabu hingga Jumaat mulai 24 Januari 2018, jam 9.55 malam)
Peserta Gegar Lawak 2018 |
0 comments:
Catat Ulasan