Ombak Cafe, Pulau Perhentian | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Sebelum ini Momi ada kongsikan anda tentang "Ombak Dive Resort" di Pulau Perhentian. Kalau anda berada di Pulau Perhentian Kecil, mesti nak cari tempat makan yang best dekat sekitarnya kan? Semasa menginap dekat sana, kami tak perlu susah untuk mencari makanan sebab ada Ombak Cafe dekat Ombak Dive Resort. Entri ini Momi nak kongsikan kepada anda menu yang menarik yang dihidangkan dekat Ombak Cafe ini.
Menu Di Ombak Cafe
Disebabkan malas nak berjalan jauh, jadi kami menghabiskan 3 hari 2 malam untuk makan di Ombak Cafe sahaja dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Memang telan air liur melihat menu-menu yang terdapat dekat Ombak Cafe ini sampai tak tahu nak pilih mana satu untuk makan. Jadi Momi nak kongsikan beberapa hidangan yang sering dipesan jika pengunjung ke Ombak Cafe :
Makanan
Antara menu makanan yang terdapat dekat Ombak Cafe ialah 'Grilled Lamb Shoulder', 'Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken', 'Ombak Fried Seafood Noodle', 'Red Tom Yam Noodle Seafood Soup', 'Fried Rice Seafood', 'Mix Half Dozen Satay', 'Seafood Pattaya Fried Rice', 'Beef Pattaya Fried Rice' dan 'Fish Curry with Steam Rice'. Oh ya, dekat Ombak Cafe ini juga dihidangkan roti dan pastri yang dibuat khas dari dapur Ombak Cafe.
Minuman
Satu lagi yang menarik dekat Ombak Cafe ini adalah Mocktailnya. Ada pelbagai Mocktail yang anda boleh rasai dekat sini, antaranya 'Designated Appletini', 'Mid Summer Dream', 'Sunrise', 'Virgin Pina Colada' dan 'Deep Blue'. Kesemua Mocktail ini berharga RM20. Seterusnya, jangan risau buat penggemar minuman panas, di Ombak Cafe turut dihidangkan 'Nescafe Tarik' dan 'Teh Tarik' dalam gelas besar. Memang terbaik! hehe.
Set Minum Petang
Saja-saja nak 'feeling' minum petang? Jangan risau, Ombak Cafe turut hidangkan set minum petang. Set minum petang atau 'Afternoon Tea' ini menghidangkan kuih-muih dan kek dalam bekas bertingkat, ala macam hi-tea hotel gitu. Ia termasuk Karipap, Donut Sandwich, Creme Brulee dan Brownies. Tak lengkap rasanya minum petang tanpa air panas kan? Ada Tea Pot untuk minum pagi dan petang yang berharga RM9. Ada pelbagai pilihan teh yang anda boleh cuba, antaranya 'English Breakfast', 'Earl Grey', Green Tea', 'Ceylon Tea', 'Strawberry Sensation', 'Peach & Passion Fruit', 'Jasmine Tea' dan 'Apple Refresh'. Masa untuk minum petang adalah dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang sahaja.
Wayang Pacak dan 'Fire Show'
Momi ingin rekomen anda datang ke Ombak Cafe pada waktu makan malam sebab ada beberapa aktiviti menarik anda boleh lakukan selain makan dan membawang haha. Selain dari makanan, Ombak Cafe menyediakan 'Wayang Pacak' untuk hiburan anda semasa menikmati makan malam. Setiap hari akan ada satu filem yang akan ditayangkan dekat Wayang Pacak tau.
Bagi anda yang teringin nak tengok 'Fire Show', disinilah tempatnya. Penat ya nak menapak berjalan ke Long Beach, jadi janganlah risau ya sebab 'Fire Show' turut membuat persembahan di Ombak Cafe. Persembahan api yang memukau pasti buat anda rasa tak keruan untuk melihat kecantikan 'Fire Show'. Oppps! 'Fire Show' ini hanya ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan juga Sabtu pada pukul 7.30 malam. Jadi jangan lupa set masa siap-siap ya guys.
Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan, pakej dan makanan di Ombak Dive Resort dan Ombak Cafe, sila layari laman web Ombak Dive Resort. Jangan lupa ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram ya. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di talian 019 7911002 atau 09 6911021 atau email ke ombakdiveresort@gmail.com. Selamat bercuti guys!
Menu Di Ombak Cafe
Disebabkan malas nak berjalan jauh, jadi kami menghabiskan 3 hari 2 malam untuk makan di Ombak Cafe sahaja dari sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Memang telan air liur melihat menu-menu yang terdapat dekat Ombak Cafe ini sampai tak tahu nak pilih mana satu untuk makan. Jadi Momi nak kongsikan beberapa hidangan yang sering dipesan jika pengunjung ke Ombak Cafe :
Makanan
Antara menu makanan yang terdapat dekat Ombak Cafe ialah 'Grilled Lamb Shoulder', 'Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken', 'Ombak Fried Seafood Noodle', 'Red Tom Yam Noodle Seafood Soup', 'Fried Rice Seafood', 'Mix Half Dozen Satay', 'Seafood Pattaya Fried Rice', 'Beef Pattaya Fried Rice' dan 'Fish Curry with Steam Rice'. Oh ya, dekat Ombak Cafe ini juga dihidangkan roti dan pastri yang dibuat khas dari dapur Ombak Cafe.
Minuman
Satu lagi yang menarik dekat Ombak Cafe ini adalah Mocktailnya. Ada pelbagai Mocktail yang anda boleh rasai dekat sini, antaranya 'Designated Appletini', 'Mid Summer Dream', 'Sunrise', 'Virgin Pina Colada' dan 'Deep Blue'. Kesemua Mocktail ini berharga RM20. Seterusnya, jangan risau buat penggemar minuman panas, di Ombak Cafe turut dihidangkan 'Nescafe Tarik' dan 'Teh Tarik' dalam gelas besar. Memang terbaik! hehe.
Saja-saja nak 'feeling' minum petang? Jangan risau, Ombak Cafe turut hidangkan set minum petang. Set minum petang atau 'Afternoon Tea' ini menghidangkan kuih-muih dan kek dalam bekas bertingkat, ala macam hi-tea hotel gitu. Ia termasuk Karipap, Donut Sandwich, Creme Brulee dan Brownies. Tak lengkap rasanya minum petang tanpa air panas kan? Ada Tea Pot untuk minum pagi dan petang yang berharga RM9. Ada pelbagai pilihan teh yang anda boleh cuba, antaranya 'English Breakfast', 'Earl Grey', Green Tea', 'Ceylon Tea', 'Strawberry Sensation', 'Peach & Passion Fruit', 'Jasmine Tea' dan 'Apple Refresh'. Masa untuk minum petang adalah dari pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang sahaja.
Wayang Pacak dan 'Fire Show'
Momi ingin rekomen anda datang ke Ombak Cafe pada waktu makan malam sebab ada beberapa aktiviti menarik anda boleh lakukan selain makan dan membawang haha. Selain dari makanan, Ombak Cafe menyediakan 'Wayang Pacak' untuk hiburan anda semasa menikmati makan malam. Setiap hari akan ada satu filem yang akan ditayangkan dekat Wayang Pacak tau.
Bagi anda yang teringin nak tengok 'Fire Show', disinilah tempatnya. Penat ya nak menapak berjalan ke Long Beach, jadi janganlah risau ya sebab 'Fire Show' turut membuat persembahan di Ombak Cafe. Persembahan api yang memukau pasti buat anda rasa tak keruan untuk melihat kecantikan 'Fire Show'. Oppps! 'Fire Show' ini hanya ada pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan juga Sabtu pada pukul 7.30 malam. Jadi jangan lupa set masa siap-siap ya guys.
0 comments:
Catat Ulasan