Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru-baru ini, Momi ada sertai sebuah 'Eco Race' yang dianjurkan oleh Alam Flora Group iaitu 'Zero Carbon Challenge Eco Race 2019'. Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 adalah satu siri utama program Alam Flora Group bermula dari FY2018 / 2019 untuk menanamkan budaya meminimumkan pelepasan jejak karbon dalam aktiviti harian mereka. Dengan aktiviti tersebut. peserta dapat sama-sama membantu memelihara Malaysia ke arah persekitaran yang lebih bersih untuk generasi yang akan datang.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Sedikit kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Alam Flora berbanding dengan pertandingan 'Eco race' sebelum ini dimana lebih daripada 55 buah kenderaan digunakan sehingga menghasilkan 212.85 ton karbon hanya untuk jangka masa sehari pertandingan dilaksanakan. Alam Flora telah menambah baik program dengan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu dengan menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Untuk penganjuran tahun ini, Alam Flora bekerjasama dengan Prasana Malaysia untuk menggunakan LRT (Light Rapid Transit) sebagai pengangkutan utama Eco Race ini. LRT adalah mod pengangkutan awam yang kurang mengeluarkan karbon ke atmosfera. Dengan menggunakan pengangkutan awam, khususnya LRT, ia boleh mempromosikan pengurangan aktiviti pelepasan karbon (CO2) ke atmosfera dan menyokong Matlamat Kerajaan untuk mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Alam Flora Sdn Bhd dan anak syarikatnya DHES akan melakukan program berterusan bersama Prasarana untuk memupuk kesedaran di kalangan staff Prasarana dan masyarakat tentang memelihara alam sekitar melalui program-program yang seumpama ini di masa hadapan.Usaha ini bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan peserta dan orang awam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar serta kepentingannya kepada generasi akan datang.
Sebanyak 30 pasukan yang menyertai Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ini dengan penyertaan 120 orang peserta. Penyertaan kali ini sepenuhnya dari kakitangan Alam Flora dan Prasana serta satu kumpulan dari Blogger. Daya penarik dalam program ini adalah cabaran-cabaran di setiap lokasi yang berkaitan dengan konsep mesra alam sekitar. Selain itu, Alam Flora menggunakan konsep pendigitalan bagi setiap cabaran iaitu QR Code untuk mempromosikan pengurangan penggunaan kertas dan ianya selari dengan konsep mesra alam sekitar.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Kesemua kumpulan wajib menyelesaikan 10 tugasan yang diberikan. Nampak mudah tapi sebenarnya ia sangat sangat kesabaran dan kepintaran dalam menyelesaikan semua soalan dan tugaran. Paling menarik adalah setiap cabaran memang tidak dijangka. Para peserta perlu menyusun strategi yang terbaik untuk kelancaran 'eco race' mereka. Lebih mencabar bagi kami ialah soalan-soalan yang berkaitan Alam Sekitar. Jika tanpa bantuan Google, memang susahlah kami nak selesaikan hehe.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Kami jadi sedikit penat apabila perlu menunggu LRT tiba yang durasi masanya dari 5 hingga 7 minit. Setiap checkpoint berada di stesen LRT yang berbeza dari LRT Ara Damansara hingga LRT Bangsar. Dengan semangat dan kekuatan yang ada, Alhamdulillah kami masih sempat tiba di checkpoint terakhir sebelum ia ditutup.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Sementara menunggu keputusan penuh Zero Carbon Challenge Eco Race 2019, kami disajikan dengan persembahan eco drum circle yang mana menggunakan barang kitar semula sebagai medium menghasilan muzik. Beberapa orang peserta juga turut dipanggil untuk menyertai persembahan tersebut. Memang awesome ya! hehe.
Program ini turut melibatkan 3R on Wheels yang menjadi daya penarik bagi penduduk PPR Lembah Subang bersebelahan LRT Ara Damansara dan juga orang awam yang menaiki LRT. Alam Flora turut mempamerkan peralatan-peralatan berkonsepkan mesra alam sekitar seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric yang sekarang digunakan oleh Alam Flora dan DHES untuk bergerak ke arah operasi mesra alam sekitar kerana ia tidak menggunakan petrol dan lebih senyap.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Akhirnya yang ditunggu-tunggu keputusan Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Alhamdulillah kami mendapat tempat keempat dari 30 kumpulan yang bertanding. Kami melakukan setiap task dengan tenang dan sabar. Tahniah kepada 3 kumpulan yang mendapat tempat ketiga. kedua dan Juara Zero Carbon Challenge Eco Race 2019.
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Tahniah Alam Flora dan Prasana Malaysia diatas penganjuran 'Zero Carbon Challenge Eco Race 2019' ini. Momi mengharapkan aktiviti seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Lagi-lagi ia dibuka kepada orang awam, pasti lebih meriah dan penuh keseronokkan. Jangan lupa ikuti Facebook Alam Flora untuk maklumat lanjut.
0 comments:
Catat Ulasan