[RASMI]-Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020


Timeline Cover
Timeline Cover
Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020|ANDA ingin mohon i-Sinar KWSP? Berita baik buat anda yang berkelayakan membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online. Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 bagi kategori 1 manakala kategori 2 pula bermula 11 Januari 2021 menerusi Laman Web Rasmi i-Sinar.

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Sedia maklum, pengkreditan pertama dalam akaun bank ahli akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan i-Sinar KWSP termasuk syarat kelayakan, jumlah pengeluaran dan semakan status:

Cara Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online

1. Permohonan i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online di Portal Rasmi i-Sinar menerusi pautan di https://isinar.kwsp.gov.my/.

2. Isikan maklumat seperti No. My Kad dan No. Telefon yang disahkan. Klik pada butang "TERUSKAN".

3. Isikan No. OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP.

4. Tetapkan Amaun Pilihan anda.

5. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN.

6.  Kemudian, isikan butiran maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.

7. Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.

8. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran sebelum tekan HANTAR.

9. Permohonan anda diterima dan akan diproses. Klik pada butang "Cetak & Simpan" untuk rujukan anda.

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP

Antara Syarat Kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan 2 Kategori seperti berikut:

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Senarai Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP

Amaun kelayakan i-Sinar KWSP adalah berdasarkan simpanan Akaun 1 seperti berikut:

Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020

Semakan Status i-Sinar KWSP 2020 Online

- Semakan status i-Sinar KWSP boleh dibuat secara online mulai 4 Januari 2021 menerusi Portal Rasmi i-Sinar.

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Sinar KWSP, sila Hubungi di Talian Hotline 03 - 89224848 atau layari Portal Rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/.

Semoga perkongsian Permohonan i-Sinar KWSP 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Online Mulai 21 Disember 2020 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan