[RASMI]-Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K (Telah Diluluskan)


Timeline Cover
Timeline Cover
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K (Telah Diluluskan)
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Telah Diluluskan

Pastinya ramai sudah tidak sabar-sabar untuk ketahui status permohonan bagi pengeluaran terakhir iaitu Pengeluaran Khas KWSP yang telah pun dibuka permohonan sejak 1 April yang lalu.

Seperti yang diumumkan sebelum ni oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimana, ahli atau pemohon boleh buat semakan status kelulusan bermula 9 April 2022 iaitu pada hari Sabtu.

Sebelum ini, ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun dan yang mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP dibenarkan untuk membuat Pengeluaran Khas ini.

Pemohon dibenarkan untuk membuat pengeluaran dengan amaun minima sebanyak RM50 dan sehingga maksimum RM10,000 dan perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Walaupun semakan status boleh dibuat, tetapi tempoh permohonan adalah sehingga 30 April 2022. Jadi jika anda betul-betul perlukan duit tersebut, anda boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih i-akaun.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Sekiranya anda sudah buat permohonan, bermula 9 April ini, anda boleh buat semakan sama ada lulus atau tidak dengan (2) cara iaitu melalui:

1)  Menu 'Semak Status Permohonan' di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) atau Pasport berserta nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini dan klik 'Semak Status'

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K

2)  Selain itu, anda juga boleh semak melalui aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli) pada bahagian menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran

Cara Dan Bila Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Dibuat

Sekiranya permohonan anda LULUS, bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank mulai 20 April 2022.

Dimana pembayaran adalah dalam (1) satu bayaran (single payment) atau secara One-Off.

Untuk dapatkan lebih informasi, anda boleh rujuk pada bahagian Soalan Lazim Pengeluaran Khas di pautan pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq

Kemaskini Terbaru

Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP diawalkan iaitu bermula pada 18 April 2022 (Isnin)

Paparan Telah Diluluskan

Untuk kemaskini terbaru, pihak KWSP telah menukarkan stutus Permohonan Diterima kepada "Permohonan Telah Diluluskan" secara berperingkat. Iaitu dari warna biru kepada warna hijau.

Selain itu juga, akan dipaparkan bilakah tarikh pembayaran akan dibuat.

Pengeluaran Khas Telah Diluluskan (Warna Hijau)

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10K (Telah Diluluskan) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan