Yang penting, barang keperluan raya tu jangan dilupakan. Kalau tinggal, tak meriahlah raya nanti kalau tak ada baju raya, kuih raya semua tu.
Sebelum balik kampung berhari raya, siap-siap buat checklist sebelum balik raya. Kurang sikit risiko nak tertinggal barang tu kan.
Checklist sebelum balik kampung raya
1. Cabut semua plug kecuali plug peti ais
2. Double triple check suis peralatan elektrik, pastikan suis lampu dan kipas ditutup
3. Tutup meter air
4. Kosongkan sinki
5. Buang sampah
6. Jangan biar baju tersidai diluar
7. Bawak peralatan mandi (toiletries)
8. Baju raya
9. Tudung raya
10. Songkok raya
11. Pin dan keronsang
12. Butang baju Melayuaku mana pahhhh
13. Sampin
14. Kasut/selipar raya
15. Pengecas (Charger) telefon
2. Double triple check suis peralatan elektrik, pastikan suis lampu dan kipas ditutup
3. Tutup meter air
4. Kosongkan sinki
5. Buang sampah
6. Jangan biar baju tersidai diluar
7. Bawak peralatan mandi (toiletries)
8. Baju raya
9. Tudung raya
10. Songkok raya
11. Pin dan keronsang
12. Butang baju Melayu
13. Sampin
14. Kasut/selipar raya
15. Pengecas (Charger) telefon
16. Extension plug
17. Duit and sampul raya
17. Duit and sampul raya
18. Kuih raya
19. Sebelum keluar rumah baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
19. Sebelum keluar rumah baca Al-Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul 'alim
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa :
Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui
Sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
- Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan
Daripada buku "Iktiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab" karangan Tuan Guru Dato Dr Haron Din.
Kelebihan ayat pendinding
- Baca 3x setiap pagi dan petang. Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, baca ayat ini 7x.
- Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan semasa membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7x. Bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
- Amalkan bacaan di atas 3x tiap-tiap lepas solat sehari untuk sebatikan dalam diri supaya Allah melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang kemudaratan pada hari berkenaan.
- Jika hendak menjamah makanan/minuman diluar rumah seperti di kedai makan dan R&R, bacalah dalam hati 3x. Jika makanan tersebut mengandungi racun/santau, dengan izin Allah cawan/pinggan itu akan pecah.
- Jika hendak menaiki kenderaan, baca juga ayat ini 3x supaya kita akan dielakkan dari sebarang malapetaka seperti kemalangan dan sebagainya.
- Jika kita menjalankan perniagaan, insyaAllah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika mengamalkannya 3x setiap kali lepas solat.
- Bagi mereka yang bertugas sebagai Perawat Islam atau pesakit gangguan jin dan orang biasa juga, kesan amalan 3x selepas solat ini juga akan dapat mengunci tubuh mereka dari dimasuki jin.
20. Niat bermusafir untuk buat Jamak Qasar.
21. Berlapang dada dan baca doa musafir.
21. Berlapang dada dan baca doa musafir.
Doa musafir
سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَاMaha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami
وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya
وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali
اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى
Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan
وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى
dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai
اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا
Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami
وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ
Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek)
اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ
Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan)
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ
Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir
وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ، وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ
pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.
Dengan izin Allah Semoga dengan mengamalkan doa musafir ini dapat melindungi diri kita dan Allah SWT memberkati perjalanan kita.
Wallahua’lam...
Wallahua’lam...
22. Jangan kelam kabut, jangan marah marah, jangan terlampau gembira. Tenang tenang je.
23. Jangan lupa kunci pintu rumah dan pintu pagar rumah. Tinggalkan rumah dengan tawakkal Allah menjaganya. Ada terbaca tentang aplikasi VSP, kita boleh lapor dalam aplikasi tu dan maklumkan pada polis yang kita tiada dirumah. Polis akan buat rondaan berkala untuk memantau.
24. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jangan ada yang tertinggal pulak. Sentiasa kira cukup ahli cukup kalau berhenti di mana-mana sebelum memulakan perjalanan semula.
25. Top up siap-siap kad touch n go/RFID
25. Top up siap-siap kad touch n go/RFID
26. Pastikan kenderaan dah siap servis dan dalam keadaan selamat.
27. Siap sedia hadapi jem di jalan raya.
28. Sediakan sejadah travel.
29. Bawa bekal makanan in case kalau tak sempat berhenti beli untuk berbuka atau sahur.
28. Sediakan sejadah travel.
29. Bawa bekal makanan in case kalau tak sempat berhenti beli untuk berbuka atau sahur.
30. Pastikan cukup tidur dan cukup rehat sebelum memandu.
Ada lagi? Sila tambah, paling penting jangan lupa bagi signal, dah bagi signal jangan lupa tutup!
Selamat pulang ke kampung semua orang. Semoga selamat sampai ke destinasi dengan Selamat.
sumber doa : izdeen | kaymamablog
0 comments:
Catat Ulasan