Mesti tertanya tanya kan apa kaitan Kentucky ke Busan tu. Baca Kentucky saya terbayangkan KFC bukan nama tempat. Hehe..ingat makan je tahu!
Pertamanya, saya sangat berbesar hati dan bangga dapat buku dari penulis buku sendiri. Siap dapat autograph lagi.
Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! merupakan mini novel ketiga dari penulis Nursyazni Abdul Rahim. Dahulunya lebih dikenali dengan nama pena Syaz Eym. Terharu tau setiap kali buku baru keluar, kita antara yang dapat awal fresh from pencetak.
baca juga :
- Terkaitnya Kita (mini novel pertama)
- Life Baggage (mini novel ketiga)
Tajuk Buku : Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!
Penulis : Nursyazni Abdul Rahim
Jumlah muka surat : 169
Jumlah bab : 25
Mengingatkan saya tentang tulisan klasik dalam komputer dulu kala. Tulisan ceritanya pula menggunakan font comic sans ms bersaiz sederhana tak kecil sangat dan tak besar sangat sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan dewasa.
Seperti yang dikatakan, buku ni sesuai untuk pembacaan peringkat usia. Buku sederhana tebal, saya habis membaca tanpa gangguan dan tanpa skip dalam masa 1 jam setengah. Ehhh ada gangguan sikit, encik suami bertanya dan kemudian bersembang seminit dua macam tu.
Tak tahu lah kenapa, mula mula baca automatik rasa cerita ni menarik dan tak sabar nak habiskan baca untuk tahu kesudahannya. Baca cerita ni macam kita pulak yang mengalaminya!. Sebab tu saya rasa terlalu emosi baca buku Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! Betul betul mengusik emosi saya.
Kisah Nadim
Watak utamanya, Nadim seorang budak lelaki yang hidupnya serba mewah di bandar terpaksa berhijrah ke kampung tinggal bersama mak saudaranya kerana sesuatu berlaku tanpa diduga.Banyak benda baru yang Nadim belajar. Bukan mudah ye nak adapt dengan suasana baru. Teringat kisah pindah sekolah dulu, nak cari kawan baru tu segan dan nak cari kawan yang ngam sekepala tu payah.
Tak rugi membaca!
Baca kisah Nadim, macam relate pulak dengan saya yang tak suka membaca buku. Saya anggap baca buku ni macam novel je. Rupanya tidak! Dulu saya suka baca komik dan majalah je.
Cuma sekarang ni banyak membaca bahan bacaan elektronik. Ikut peredaran zaman lah katakan. Sedangkan baca buku fizikal ni lagi syok feel membaca tu.
Dalam buku ni mengajar kita membaca apapun tak kisah risalah, majalah dan sebagainya dapat memberikan sesuatu. Tak rugi membaca!
Terselit beberapa kisah fakta yang menarik. Dapat ilmu sekaligus. Tak lupa juga terselit kisah kisah dongeng dan ada pengajarannya yang boleh diambil.
Nak menangis!
Apa yang membuatkan saya rasa emosi sebab bukan mudah meneruskan kehidupan tanpa orang yang disayangi. Syukur jika ada orang yang masih menyayangi kita. Kita patut hargai orang yang ada dekat dengan kita.Apa yang berlaku semasa perhimpunan sekolah sangat sentap mendengarnya. Kalau saya mahu berjurai air mata. Tapi Nadim semangat dia kuat dan tetap positif.
Ada pengajarannya disitu, orang yang berlagak dan sombong pasti akan dapat balasannya.
Pengakhiran yang lagi buat bertambah emosi. Sesuatu yang Nadim tidak menyangkanya. Tak jadi nangis sebab lawak watak Ibad tu. Watak Ibad ni menceriakan keadaan. Begitulah dalam persahabatan, pasti ada sorang yang happy go lucky.
Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan! membuatkan saya menyelami watak utama Nadim. Penulis berjaya mainkan emosi saya masuk dalam cerita Nadim. Aduh, rasa teringat ingat pulak ceritanya.
Ada satu typo saya jumpa iaitu malan, sepatutnya malang. Betul tak?
Mesti tertanya tanya kan apa kaitan dengan Kentucky Ke Busan? Itu kenalah baca sendiri.
Untuk pembelian Buku Aku, Kamu Dan Kelab Ulat Buku : Dari Kentucky Ke Busan!, sila hubungi Syazni Rahim.Mesti tertanya tanya kan apa kaitan dengan Kentucky Ke Busan? Itu kenalah baca sendiri.
Terima kasih untuk kiriman buku yang menarik dibaca. Semoga terus semangat berkarya dan menghasilkan karya karya menarik akan datang.
0 comments:
Catat Ulasan