Duit raya dah tukar ke tu? Sekarang dah mudah sebab boleh tukar duit raya melalui mesin ATM je kan. Tahun ni tak tukar duit raya pun. Lebih kepada misi untuk berkumpul ramai-ramai selepas raya tertangguh 2 tahun.
Duit raya ikut bajet masing-masing lah ye. Benda bukan wajib. Perlu atau tidak bagi duit raya, tepuk poket masing-masing. Ada lebih, hulurkan. Kalau tak ada, senyap je lah.
Jangan kita anggap memberi duit raya itu satu keperluan. Asal raya je kena sediakan duit raya, itu silap! Dia akan jadi bebanan untuk mereka yang bukan berbajet besar. Duit raya ikut bajet masing-masing lah ye. Benda bukan wajib. Perlu atau tidak bagi duit raya, tepuk poket masing-masing. Ada lebih, hulurkan. Kalau tak ada, senyap je lah.
Pemberian duit raya cuma adat dan tradisi memberi duit raya ni wujud sejak zaman dulu lagi. Asal usul duit raya ni di ikuti dari amalan kaum cina yang memberi "ang pau".
Duit raya bukan trend atau untuk menunjuk-nunjuk siapa bagi lebih banyak atau siapa dapat lebih banyak.
sumber : Azizul Azli Ahmad |
- Budaya beri duit raya bukan berasal dari budaya masyarakat Melayu
- Jangan didik anak kita MEMINTA, " nanti pergi rumah mak su mintak duit raya ye".
- Budaya beri wang raya buat orang susah semakin tertekan sebenarnya, mereka tiada wang jika anak anak kita datang bertandang raya.
- Belajar tolak sumbangan duit raya ini dengan berhemah. Kita tak tahu susahnya orang. Raya bukan masa kumpul duit.
- Didik anak juga jangan buka sampul pemberian duit raya depan pemberi.
- Berhenti tanya anak anak, banyak mana dapat duit raya tahun ini. Mereka akan berlumba lumba nanti. Hidup bukan soal duit semata-mata.
- Didik anak kita sumbangkan kembali duit raya yang mereka terima.
Raya kali ni adalah perjumpaan keluarga yang tertangguh raya lalu. Jangan utamakan budaya duit raya. Dalam family seronok seronok okay lagi lah kot kan. Sekadar gurauan dalam family tu fahamlah kita.
Lebih baik fokus sedekah di bulan Ramadan ini berbanding 'Hadiah Duit Raya' nanti. Fokus sedekah pada golongan yang memerlukan dibulan mulia ini, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang tua, pelajar yang menuntut ilmu.
Duit raya lebih baik utamakan keluarga terdekat kita dulu, isteri anak anak dan ibubapa tersayang. Jangan dilupakan, suami bagi duit raya pada isteri.
0 comments:
Catat Ulasan