[RASMI]-Ini Penyanyi Lirik Lagu "Dengarkanlah Di Sepanjang Aku Berdoa..."


Timeline Cover
Timeline Cover
Ini Penyanyi Lirik Lagu "Dengarkanlah Di Sepanjang Aku Berdoa..."
penyanyi raffa lirik lagi dengarkanlah di sepanjang aku berdoa

Rasanya kini ramai pengguna media sosial sudah dihantui dengan sebuah lagu dengan lirik "Dengarkanlah Di Sepanjang Aku Berdoa.." iaitu lagu viral di Tik Tok.

Tapi sebenarnya tahukah anda siapa penyanyi sebenar disebalik lagu tersebut? Dengan lirik yang sering kita dengar tersebut apa sebenarnya tajuk lagunya?

Penyanyi Sebenar Lagu Cinta Sampai Mati

Sebenarnya tajuk lagu tersebut adalah "Cinta Sampai Mati" iaitu dinyanyikan oleh pemuda kelahiran Depok, Jawa Barat Indonesian iaitu Raffa Aldiansyah.

Beliau merupakan selebriti muda yang kini mempunyai ramai followers di media sosial terutamanya di TikTok yang kini mempunyai lebih dari 4 juta pengikut.

Lagu ini dilancarkan di bawah label muzik Hayat Kreatif Studio untuk pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura. Manakala dibawah label muzik Botram Media Entertainment untuk pasaran Indonesia dan lain-lain negara.

Mungkin yang baru mendengarnya, katanya lagu seakan-akan lagu nasyid. Ya! ianya sebuah lagu dengan lirik yang baik yang berisahkan tentang cinta kepada kedua ibu bapa yang masih ada mahupun yang telah tiada, kepada keluarga dan kepada pasangan.

Tambahan pula, penyanyi tersebut, Raffa selalu 'cover' dengan membawakan genre lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan mahupun selawat serta nasyid. Jadi lagu ni, dengarlah macam nasyid sikit kan.

Pada awalnya, sebenarnya lagu ini memang diberi tajuk 'Dengarkanlah' tetapi penulis liriknya Ayu Rizki Yani iaitu isteri kepada Dodhy gitaris kumpulan Kangen Band memutuskan untuk memberi tajuk yang lebih universal supaya lagu ini dapat disampaikan mesej yang tersirat dan diberi nama 'Cinta Sampai Mati'

penyanyi raffa lirik lagi dengarkanlah di sepanjang aku berdoa

Penyanyi : Raffa Aldiansyah
Ciptaan Lagu : Ayu Rizki Yani
Penulis Lirik : Ayu Rizki Yani
Produser : Hermawan

Lirik Lagu Cinta Sampai Mati

Duhai engkau, sang Belahan Jiwa
Namamu terukir dalam pusara
Di setiap langkah, ku s'lalu berdoa
Semoga kita bersama

Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku

Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama

Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu s'lalu terjaga
Dan aku pasti setia

Ho-oh-oh
Ho-wo-oh-ho-oh-wo-wo-ho-oh
Ho-wo-uh-wo-oh-uh

Duhai engkau, tambatan hatiku
Labuhkanlah cintamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa merindu
Hiduplah engkau denganku

Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita bersama

Dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu s'lalu terjaga
Dan aku pasti setia

Dengarkanlah
(Di sepanjang malam, aku berdoa)
Ku berdoa (bersujud dan lalu aku meminta)
Dan meminta (semoga kita bersama)

Wo-oh, dengarkanlah
Di sepanjang malam, aku berdoa
Cintaku untukmu s'lalu terjaga
Dan aku pasti setia

Ku setia

Ini Penyanyi Lirik Lagu "Dengarkanlah Di Sepanjang Aku Berdoa..." Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan