[RASMI]-Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022


Timeline Cover
Timeline Cover
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah umumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berkuatkuasa 1 Mei 2022. Berikut adalah prosedur yang telah dikemaskini berkaitan pengurusan COVID-19 di Malaysia.

Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

PELITUP MUKA

  • Wajib di dalam bangunan termasuk pengangkutan awam dan kenderaan e-hailing.
  • Pilihan apabila berada di luar bangunan dan kawasan terbuka tetapi digalakkan di kawasan yang sesak. Individu berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka.

PENJARAKAN FIZIKAL

  • Tidak lagi diperlukan
  • Digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka

DAFTAR MASUK (CHECK-IN) DAN STATUS VAKSINASI MYSEJAHTERA

  • Daftar masuk (Check-in) dimansuhkan
  • Kemasukan ke premis dibenarkan tapa mengira status vaksinasi kecuali mereka yang berstatus 'Berisiko Tinggi atau di bawah HSO
Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei 2022. My Sejahtera dalam kenangan Mac 2020-Mei 2022. Lepas ni tak payah lagi nak scan bila masuk mana mana premis.

Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022

POSITIF COVID-19 (UJIAN DAN PELEPASAN)

Secara amnya, kes positif COVID-19 dikehendaki untuk kuarantin selama 7 hari. Walau bagaimanapun, di bawah Ujian dan Pelepasan, mereka akan mempunyai pilihan untuk menjalani ujian RTK-Ag yang
diselia pengamal perubatan pada hari ke-4. Jika negatif, mereka boleh menamatkan kuarantin.

MENGEMBARA

  • Pengembara yang telah lengkap divaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan
  • Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi hendaklah menjalani ujian RT-PCR 2 hari sebelum berlepas dan ujian RTK-Ag yang diselia dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan. Mereka juga perlu dikuarantin selama 5 hari
  • Insuran COVID-19 tidak lagi diperlukan untuk semua pelancong yang memasuki Malaysia

SENARAI NEGATIF

Senarai aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara sebelum ini telah dibenarkan. Semua sektor ekonomi boleh beroperasi mulai 15 Mei 2022.

 
sumber : kkm 

Walaupun banyak kelonggaran dah diberikan dan kita agak bebas sikit tapi jangan leka ye untuk jaga SOP, COVID-19 masih belum punah.
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan