Nampaknya Maybank sekali lagi memperkenalkan Raya ATM dimana orang ramai boleh dapatkan 'duit raya' dengan membuat pengeluaran di mesin ATM khas dikawasan terpilih.
Kalau disebut duit raya pastinya ianya berkenaan dengan duit baru atau notes baru. Tetapi nilainya tetap sama tetapi keadaan masih cantik dan 'bau duit' masih kuat.
Tidak boleh tidak, amalan pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini menjadi perkara biasa setiap tahun terutamanya kepada golongan kanak-kanak sebagai tanda penghargaan datang berziarah ke rumah.
Jadi selepas nikmati kuih muih yang beranika macam, ketupat rendang dan sebagainya, jangan lupa untuk hulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang ke rumah.
Lokasi Raya ATM Maybank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022
Pengeluaran duit raya ini boleh dibuat bermula 21 April hingga 4 Mei 2022 di 70 lokasi mesin Raya ATM seluruh Malaysia. Untuk memudahkan pengguna, akan disediakan label bagi mesin atm yang mempunyai pengeluaran duit raya tersebut.
BACA
- Senarai Lokasi ATM Ambank Untuk Pengeluaran Duit Raya
- Senarai Lokasi ATM Affin Bank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022
Pengeluaran 'duit raya' ini adalah tertakluk kepada note RM10 dan RM50 sahaja. Untuk 'duit baru' lain, anda mungkin boleh dapatkan di kaunter Maybank sendiri.
Johor
- Bandar Baru Uda [RM10 & RM50]
- Jalan Genung Segamat [RM50]
- Jalan Tebrau [RM50]
- Jalan Zabedah Batu Pahat [RM10 & RM50]
- Johor Bahru Main [RM10 & RM50]
- Muar [RM50]
- Nusa Bestari [RM10 & RM50]
- Taman Johor Jaya [RM10]
- Taman Universiti [RM10 & RM50]
Kedah
- Alor Setar Main [RM10]
- Kulim [RM10]
- Legenda Heights Sungai Petani [RM50]
- Mergong [RM50]
- Sungai Petani [RM10]
Kelantan
- Kota Bharu [RM10]
- Kubang Kerian [RM10 & RM50]
Kuala Lumpur
- Bangsar Baru [RM50]
- Desa Pandan [RM10]
- KL Main [RM10 & RM50]
- Maybank Islamic Tun Mohd Fuad Taman Tun Dr Ismail [RM50]
Melaka
- Ayer Keroh [RM50]
- Melaka Main [RM10]
Negeri Sembilan
- Nilai [RM50]
- Senawang [RM10]
- Seremban [RM10]
Pahang
- Bukit Ubi [RM50]
- Jalan Berserah [RM50]
- Kuantan Main [RM10]
- Mentakab [RM50]
- Muadzam Shah [RM10]
- Temerloh [RM50]
Perak
- Jalan Sultan Idris Shah [RM10]
- Jelapang [RM50]
- Kemunting [RM50]
- Kuala Kangsar [RM10 & RM50]
- Maybank Islamic Gunung Rapat [RM10 & RM50]
- Sitiawan [RM50]
- Taiping [RM10]
- Manjung Malim [RM10]
- Teluk Intan [RM10]
Pulau Pinang
- Bayan Lepas [RM10]
- Jelutong [RM50]
- Penang Main [RM50]
- Penang Road [RM10 & RM50]
Perlis
- AFC Kangar [RM10]
Sabah
- Alamesra [RM50]
- Inanam [RM10]
- Jalan Perpaduan Kota Kinabalu [RM10]
- Karamunsing [RM50]
- Lintas Square [RM50]
Sarawak
- Kota Sentosa [RM10 & RM50]
- Kuching Main [RM10 & RM50]
- Kuching Selatan [RM50]
- Wisma Satok [RM10 & RM50]
Selangor
- Bandar Baru Bangi [RM50]
- Cheras Selatan [RM10]
- Giza Kota Damansara [RM50]
- Kajang [RM50]
- Kota Kemuning [RM50]
- Puchong Jaya [RM10]
- Putrajaya [RM50]
- Rawang [RM10]
- Seksyen 20 Shah Alam [RM10]
- Setia Alam [RM50]
- Subang Jaya [RM10]
- Sungai Buloh [RM10]
- Taman Melawati [RM50]
- Taman Sri Gombak [RM10]
Terengganu
- Kuala Terengganu [RM10]
Untuk senarai asal yang dikeluarkan oleh pihak Maybank, anda boleh rujuk disini.
Cara Tukar Duit Raya Guna Mesin Raya ATM Maybank
- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terpilih seperti senarai diatas
- Kemudian pilih mesin ATM yang mempunyai label atau ada papan tanda yang memaparkan bagi Pengeluaran Duit Raya
- Dalam mesin ATM tersebut, kesemuanya adalah wang kertas bernilai RM10 atau RM50 yang masih baru bergantung kepada lokasi. Jadi anda tekan pengeluaran atau withdraw seperti biasa dengan pilih jumlah
- Selesai urusan duit raya anda
Sebab sekarang dunia dah maju, jadi semua cashless sahaja termasuklah duit raya. Anda juga boleh bagi duit raya mengguanakan e-Duit Maybank menerusi aplikasi MAE. Baru style kan...
0 comments:
Catat Ulasan