[RASMI]-Telefilem Kabur Di TV2


Timeline Cover
Timeline Cover
Telefilem Kabur Di TV2

Telefilem Kabur Di TV2

Saksikan sebuah telefilem menarik bertajuk Kabur yang akan bersiaran pada 13 April 2022, hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2 dan secara online di RTMKLIK rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Ambang Network Sdn. Bhd. ini merupakan arahan daripada pengarah yang tidak asing lagi iaitu Along Kamaludin.

Sinopsis Telefilem Kabur

Telefilem Kabur menampilkan barisan pelakon seperti Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha, Azlan Mokhtar, Nur Qatriesha dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang seorang pembantu rumah, Widuya (Nad Zainal) dari Indonesia yang bekerja di rumah majikannya Hilman (Dazrin Kamarudin) dan Zetty (Annie Mosha).

Widuya yang menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia yang pernah kehilangan anak sering diganggu oleh suara yang menyalahkannya atas kematian anaknya.

Suara itu juga mengarahkan dia mencari atau mendapatkan semula anaknya yang telah meninggal dunia. Dia kemudiannya mensasarkan anak majikannya yang seusia dengan anaknya sebagai ganti dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu lari ke Indonesia.

Telefilem Kabur Di TV2

Telefilem Kabur Di TV2

Telefilem Kabur Di TV2 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan