[RASMI]-5 Syawal, Akad Nikah


Timeline Cover
Timeline Cover
5 Syawal, Akad Nikah
Lepas encik suami balik dari solat Jumaat kat masjid kampung, terus bersiap gerak ke Masjid Jamek Segamat. Ikut jadual, anak buah nikah jam 3:00 petang. Sebelum ni  dia mohon nikah di masjid cuma 10 orang je setiap pihak boleh masuk.

Tapi sekarang dah masuk endemik dah boleh masuk ramai-ramai tapi masih jaga penjarakkan dalam masjid. 

Masjid Jamek Segamat Johor

Nikah pun tak duduk bawah, disediakan kerusi meja hanya untuk bakal pengantin, tok kadi, wali dan juga saksi. Ahli keluarga duduk belakang, ada yang duduk dikerusi dan juga bawah. Akad nikah pun tanpa bersalaman. Masih ikut SOP lama.

Solemnization Ayien  Qayyum

Alhamdulillah majlis pernikahan anak buah berjalan dengan lancar dan ringkas. Tak ada tanya-tanya soalan macam dulu. Sebelum nikah pun tak perlu pergi Pejabat Agama kena interview bagai. Ringkas semuanya sejak COVID-19.

Akad Nikah Ayien Qayyum

Akad nikah

(dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Rukun nikah

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Dua saksi lelaki
  5. Ijab dan Qabul (Akad Nikah)

Syarat ijab

  1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.
  2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
  3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
  4. Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.
  5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
Contoh lafaz ijab:

Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.

Syarat Qabul

  1. Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab
  2. Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
  3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  4. Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
  5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  6. Menyebut nama bakal isteri
  7. Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh lafaz qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) :

Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.

Secara rasminya bertambahlah anak buah menantu. Berjodoh dengan orang Segamat juga. Senang nak balik kampung cerita dia. Tapi masih PJJ sebab anak buah kerja di Putrajaya.

Malam sebelum nikah ada majlis berinai. Saya nak join tapi last minit lambat menunggu giliran terpaksa cancel sebab ada tugasan lain kena buat. Tak dapatlah nak join the team majlis berinai dengan tema baju kelawar (kaftan).

Majlis Berinai

Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...

Sorang-sorang anak buah kahwin. Kami pun dah naik pangkat jadi nenek/atok sejak 2 tahun lepas. Terasa tua dah. Eh, baru nak rasa ke? Ghisauuu...

Lepas ni anak buah lelaki pulak menyusul beberapa bulan lagi.

5 Syawal, Akad Nikah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan