[RASMI]-Ayam Gunting Alis Fried Chicken


Timeline Cover
Timeline Cover
Ayam Gunting Alis Fried Chicken
Ya ampunnn...Lamanya bercuti update blog dan blogwalking. Kecelaruan jiwa, hati tak tenang setenang tenang air tenang jangan disangka tak ada buaya. Ehh..itu dah lain dah.

Suka makan ayam gunting? Sejak PKP dan pasar malam berdekatan rumah pun macam tak wujud sekarang ni, agak susah nak jumpa ayam gunting kegemaran rakyat Malaysia.

Satu hari tu encik suami nak pergi 7 Eleven, park betul betul dekat dengan food truck. Nampak banner macam ada jual sosej, ayam goreng dan sotong goreng. Rupanya ayam gunting, sotong gunting dan sosej gunting.

Semuanya sama digoreng kemudian digunting dan ditaburkan dengan rempah pedas atau asli tanpa rempah. Selain makanan bergoreng bergunting, ada juga jual minuman. Mula mula beli dulu tak silap RM7-8 macam tu.

Paling terbaru beli dah naik harga RM10. Cepat betul naik harga. Almaklumlah, ayam out of stock sekarang ni. Rancak betul jualan ayam sampai ayam KFC pun dah susah nak dapat selain saiz ayam yang mengecil.

Sejak beli haritu, dah beberapa kali repeat beli ayam gunting Alis Fried Chicken ni. Puas hati dengan porsi ayam gunting yang banyak. Ayam saiz besar barangkali. Isi ayam cukup masak dan luaran dia rangup. 

Cukup rasa dan cukup rasa pedas rempahnya. Menang membeli dan kualiti setanding harga lah kiranya. Sebelum ni tak ambil tahu pulak nama kedai ayam gunting ni. Raya ni dapatlah bungkusan beg kertas special sikit sempena raya, baru lah tahu nama kedainya, Alis Fried Chicken.

Ayam Gunting Alis Fried Chicken

Alis Fried Chicken @ Ali's Fried Chicken pun tak pasti. Keliru pulak sebab bila google, ada jumpa ali fried chicken franchise dan ayam gunting ali fried chicken. Ali Fried Chicken ni dah wujud lama rupanya. 

Ali Fried Chicken juga ada kongsikan cara memulakan perniagaan ayam gunting untuk mereka yang berminat. Menarik buat bisnes ayam gunting ni. Tapi risikonya kalau stok ayam berkurang macam sekarang. Nak tak nak peniaga terpaksa juga naikkan harga sebab harga modal pun meningkat.

Ayam Gunting Alis Fried Chicken

Untuk orang Seremban bolehlah membeli Alis Fried Chicken di Seberang jalan depan 7Eleven, seberang Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.

Tak pasti waktu operasinya. Pernah beli petang dan malam pukul 9 lebih masih buka. Puas hati beli sebab banyak sikit dan menepati selera. Even naik harga pun masih puas hati lah. Jangan benda mahal tapi tak sedap.


Ayam Gunting Alis Fried Chicken Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan