[RASMI]-Bab 6 : Jun 2022


Timeline Cover
Timeline Cover
Bab 6 : Jun 2022
Tiba-tiba dah bulan Jun. Bulan Mei yang penuh dengan segala mak nenek urusan. Raya sakan tak sampai seminggu pun. Bertabahlah bila otak dah serabut dengan macam-macam hal. Bila jiwa kacau ni faham-fahamlah, buat apa pun serba tak kena.

Okay, mari lupakan hal bulan Mei. Masuk bulan Jun dengan semangat baru. Harap boleh bawa bertenang sikit. Yang penting bulan Jun, birthday month kesayangan hati hamba. 

Awal bulan June 2022, June Holiday 2022 dimulakan dengan hari Gawai. June long weekend 2022 pula menyusul pada 4, 5 dan 6 Jun (Sabtu, Ahad dan Isnin). Bolehlah sambung cuti raya. Ehhh..dah lebih sebulan dah. Ke masih ada lagi open house?

Raya tahun ni tak pergi mana-mana open house pun. Jemputan pun nan hado. Last pergi kenduri kahwin anak buah awal raya haritu je lah. 

June holidays 2022

1 Jun (Rabu) : Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun (Khamis) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
6 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
19 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)

kalendar jun 2022

Maaf, masih belum sempat beraya di rumah kawan-kawan blogger. Nak kata lemau makan kuih raya, tak! Nak kata sibuk sangat, tak jugak! Mood tercampak jauh ke laut dalam tiba-tiba. Ke writer's block? Entahlah..tak ada jawapan yang pasti. Depression? Oh tidak!

Masih mencari rentak lama untuk back on track. Terima kasih masih sudi singgah dan tinggalkan komen. Harapnya Jun kembali cemerlang, gemilang, terbilang.
Bab 6 : Jun 2022 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: arms
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan