�Selama dua bulan saya ditempatkan di kem Angkatan Tentera Laut di Lumut untuk mendalami watak Kapten Mukriz malah penggambaran turut dilakukan di sana. Saya bertanya kepada semua orang yang ada di kem untuk menjiwai watak ini.
Baru saja muncul di persada seni tanah air, kelibat Raja Mohammad Afiq Raja Razali, 22, sudah mencuri perhatian peminat. Bakat lakonan anak muda itu dicungkil menerusi Drama Festival Kuala Lumpur 2014 (DFKL 2014).
Bagaimanapun, kerancakan dunia penerbitan drama turut melahirkan ramai bakat baru yang memerlukan mereka bersaing sesama sendiri. Memandang perkara itu secara positif, Afiq faham dia perlu menjadi yang terbaik di antara mereka.
Memiliki raut wajah yang menarik saja tidak cukup kerana Afiq sedia maklum andai rupa jadi ukuran ramai lagi yang kacak bergaya.
�Jalan terbaik, saya mesti mempersembakan lakonan yang berkesan, bukan hanya tayang wajah saja. Saya kini belajar mendalami lakonan daripada mereka yang berpengalaman dan andai ada rezeki aya akan mengikuti kurus lakonan secara formal.
�Tiada lain yang dapat saya tawarkan kepada industri dan peminat melainkan membuktikan kesungguhan saya kepada mereka. Usia saya yang masih muda, jadi ada masa untuk memperbaiki kekurangan diri dan berharap dalam tempoh beberapa tahun lagi kerjaya saya sudah kukuh.
�Bagaimanapun saya kena akur dengan peredaran masa, perubahan cita rasa penerbit, pengarah dan peminat yang sentiasa mahukan wajah baru. Seandainya saya kekal berada dalam industri tatkala usia menjengah 30 tahun, saya sudah bersedia menerima tawaran melakonkan watak bapa. Kita perlu menerima hakikat kehidupan,� katanya.
Afiq mula berlakon dalam telefilem Lilinkah Aku diikuti Suami Sebelah Rumah, Cinta Illahi dan Hello Mr Perfect. Tuah menjadi miliknya apabila dia diambil sebagai hero drama 28 episod Sayangku Kapten Mukhriz, yang akan mengisi slot Akasia TV3.
�Watak dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz agak mencabar di mana saya tampil sebagai ustaz berpangkat Kapten dalam Kor Agama Angkatan Tentera Laut. Apabila dapat skrip, saya ingatkan perlu berjubah dan berserban tetapi selepas dijelaskan pengarah barulah saya tahu karakter sebagai ustaz dalam angkatan tentera lain iaitu lengkap berpakaian seragam tentera.
�Walaupun bersedia menerima kritikan, perasaan takut tetap ada. Saya akan bekerja keras demi memastikan dapat bertahan lama dalam bidang ini,� katanya.
Selepas Aidilfitri, Afiq terikat dengan penggambaran drama 13 episod, Nazar Cinta Ramadan untuk siaran Radio Televisyen Malaysia.
�Berdasarkan judulnya, mungkin drama ini untuk siaran Ramadan tahun depan,� katanya yang sedang mempertimbangkan tiga tawaran lain. - HMetro
0 comments:
Catat Ulasan