[RASMI]-Drama Novel Mandatori Karya Ramlee Awang Murshid


Timeline Cover
Timeline Cover
Drama Novel Mandatori Karya Ramlee Awang Murshid






Assalamualaikum,
Kepada peminat novel thriller  Ramlee Awang Murshid, pasti gembira dengan berita ini. Novel Mandatori bakal diadaptasi di kaca tv selepas Tombirou

Pelakon Aeril Zafril dan Siti Saleha bakal menerajui drama sebagai Norman dan Juliana.
Terbitan: Ideate Media
Jumlah episode : 6
Channel: Astro First

Sinopsis novel:
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti.Sesiapa yang diadilinya pasti menerima hukuman sekali pembicaraan. Dan hukuman yang pasti adalah hukuman mati Mandatori.


Drama ini mengisahkan tentang seorang �profiler� jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan �Inspektor Carlos� dan kertas tulisan �Case Closed� yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.
Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato� A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara.

Juliana mula menyiasat dan beliau memerlukan bantuan Norman untuk menyelesaikan masalahnya. Keakraban yang tercetus ini membuatkan mereka jatuh cinta. Namun pelbagai dugaan dan ancaman yang hadir dari setiap penjuru menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Juliana akan menjadi mangsa yang seterusnya? Dan, siapakah yang sebenarnya dalang di sebalik kes-kes pembunuhan bersiri yang berlaku?




Juliana


"...undang2 kau dah macam pelacur, mengangkang kat sape yang boleh bayar kan?!... " -Norman-

Drama Novel Mandatori Karya Ramlee Awang Murshid Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan