[RASMI]-Jojie Gigil lakonan Ben Amir dan Elvina Mohamad


Timeline Cover
Timeline Cover
Jojie Gigil lakonan Ben Amir dan Elvina Mohamad
Drama Jojie Gigil di TV3. Pernahkah anda menonton filem adiwira seperti X-Men yang memaparkan kisah watak-watak berkuasa luar biasa? Betul, itu hanyalah filem fantasi. Namun baru-baru ini, terdapat hebahan bahawa pelakon jelita yang sedang meningkat naik iaitu Elvina Mohamad juga mempunyai kuasa aneh seperti watak-watak filem tersebut.

Jojie Gigil

Usah terkejut, memang benar Elvina dikurniakan dengan kuasa luar biasa, tetapi kemampuan uniknya itu hanya wujud di dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Jojie Gigil yang sedang bersiaran mulai 12 Ogos lepas di TV3.

Para Pelakon

Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Raja Azura, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Drama bersiri 20 episod ini juga merupakan sebuah terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. dibawah arahan saudara Zul Huzaimy Marzuki, dan ditayangkan menerusi slot Dahlia pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Jojie Gigil 

Mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yang merupakan anak perempuan kepada Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dalam kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yang agak pelik.

Kak Joyah tidak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yang penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yang sama!

Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus yang deras. Kepala Jojie terhentak pada sebuah batu besar dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan untuk melihat perkara yang akan berlaku.

Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tidak percaya tentang kelebihan yang dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tidak menganggap kebolehan unik ini sebagai suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia untuk membantu orang lain mengelak daripada ditimpa kemalangan.

Mampukah Jojie menjadi �superhero� kesayangan orang ramai? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Jojie Gigil setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia, hanya di TV3!
Jojie Gigil lakonan Ben Amir dan Elvina Mohamad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan