[RASMI]-Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017


Timeline Cover
Timeline Cover
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017
Drama Pesan Dari Tuhan hasil karya arahan Erma Fatima telah dinobat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017 (ASK2017), yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017

Naskhah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd, yang ditayangkan menerusi TV2 itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).

Video Anugerah Skrin 2017

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017

DRAMA TERBAIK
Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn Bhd)

FILEM TERBAIK
Hanyut (Tanah Licin Sdn Bhd)

DRAMA RANTAIAN TERBAIK
My Sweet Lavender (Orangetree Production Sdn Bhd)

PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahman (Rock Bro)

PELAKON WANITA TERBAIK FILEM
Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

PENGARAH TERBAIK FILEM
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PENGARAH TERBAIK DRAMA
Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK DRAMA
Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

LAKON LAYAR TERBAIK
U-Wei Haji Saari (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khalid Salleh (Hanyut)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Diana Danielle (Hanyut)

LAKON TV TERBAIK
Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

DRAMA KOMEDI TERBAIK
Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)

PELAKON KOMEDI TERBAIK
Ellie Suriaty (Papa Sayang)

RANCANGAN ANUGERAH TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 31 - Zamzuri Zaini

RANCANGAN REALITI TERBAIK
Mentor Milenia 2017 (Akhir) - Khirul Fikry Mustafa

RANCANGAN MAJALAH TERBAIK
Misi-K 2016 (Misi Kemanusian Pulau Cebu Filipna) - Mazlin Nordin & Christine Lee Mei Chin

ANUGERAH BINTANG OLAY
Anim Ezati

MAJLIS PRELUDE ASK2017
1. Videografi Drama Terbaik
Terima Kasih Ramadan - Mahadi Said

2. Penyunting Drama Terbaik
Terima Kasih Ramadan - S.C Elliot

3. Drama Rantaian Popular Media Sosial
Pergilah Air Mata (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

4. Rancangan Dokumentari Terbaik
Jejak Rasul As-Salam (Batu Terapung) - Mohd Fasil Mohd Idris

5. Rancangan Bual Bicara Terbaik
Wanita Hari Ini - Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan

6. Rancangan Hiburan Terbaik
Melodi Raya - Michelle Wee

7. Laporan Khas Berita Terbaik
Buletin Utama (Ulat Parkir) - Hafizi Rosli

8. Videografi Terbaik
Mahligai Cinta - Mohd Adli Maaris

9. Suntingan Terbaik
Mana Kawan Adik - Dzulkifli Shaari

10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
Anugerah Juara Lagu 31 - Nageswaran Ramanujem

11. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
3 Juara - Nor Azhar Md Amin

12. Reka Bentuk Set Terbaik
Rentak Juara Ke-17 Akhir - Siti Nur Mat Arip

13. Montaj Terbaik
Anugerah Juara Lagu 31 - Hafiz Mohd Nordin

Erma Fatima

Sementara itu, Hanyut, arahan U-Wei Saari turut mencatat kejayaan besar pada anugerah terbabit dalam kategori filem apabila membawa pulang trofi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Filem terbitan Tanah Licin itu juga mengungguli kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Khalid Salleh dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).

Selain Diana yang berjaya mengulangi pencapaian pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-29, baru-baru ini, seorang lagi aktres, Sangeeta Krishnasamy, turut mencatat kejayaan sama apabila diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Adiwiraku.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Khir Rahman daripada filem Rock Bro.

Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, Fasha Sandha, yang menceburkan diri dalam dunia lakonan sejak 2002 diumumkan sebagai pemenang hasil persembahannya dalam Terima Kasih Ramadan siaran TV3.

Seorang lagi pelakon drama terbitan ZK Creative Sdn Bhd itu, Azizah Mahzan, pula memenangi kategori Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama diberikan kepada Hasnul Rahmat, yang menunjukkan lakonan hebat dalam Kapcai Ayah.

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik, trofi diserahkan kepada produksi Orangetree Production Sdn Bhd untuk drama terbitan mereka, My Sweet Lavender.

Antara pemenang lain ialah Budak Ijat bagi kategori Drama Komedi Terbaik, Ellie Suriaty (Pelakon Komedi Terbaik), Mentor Milenia 2017 Akhir (Rancangan Realiti Terbaik) dan Anugerah Juara Lagu 31 (Rancangan Anugerah Terbaik).

ASK2017 yang mengangkat tema Mencipta Fenomena mempertaruhkan 33 kategori, dengan 13 daripadanya diumumkan pada acara prelude yang diadakan pada sebelah petang.

Jika acara kemuncaknya menyaksikan gandingan Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas sebagai pengacara, acara prelude pula dikendalikan Haiza dan Issey Fazlisham.

Acara anugerah turut menyaksikan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Stacy, SalamMusik, Mark Adam, Issey, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Azira Shafinaz, Black dan Jaclyn Victor.

ASK 2017 mendapat kerjasama penaja utama, Olay; penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafe. - BHarian
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: layanstreaming.com
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan