sumber : google |
Hari Wesak
Hari Wesak disambut oleh penganut agama Buddha di Malaysia dan seluruh dunia amnya bagi memperingati hari kelahiran, pencapaian kebahagian sebenar (nirvana) serta kematian Siddartha Gautama Buddha.
Perayaan ini secara tidak formalnya dikenali sebagai “hari kelahiran Buddha.”
Di Malaysia, penganut Buddha akan pergi ke bangunan Persatuan Buddha Malaysia dan beratur untuk membasuh patung Buddha. Ritual ini dipercayai akan membersihkan dan menyucikan jiwa mereka.
Kemudian mereka akan menyalakan lilin berbentuk bunga teratai dan berdoa. Selepas berdoa, mereka akan makan makanan vegetarian.
Selepas makan, sambutan diakhiri dengan perarakan selama beberapa jam. Semasa perarakan, mereka akan membawa bunga dan lilin.
sumber : rencah
Uniknya Malaysia ada pelbagai perayaan kerana berbilang bangsa, agama, budaya dan etnik.
Selamat bercuti!
0 comments:
Catat Ulasan