Sekali sampai, ramainya umat manusia. Rupanya dorang tengah buat persiapan untuk Majlis apa entah. Lupa pulak nak check sebelum pergi. Ingatkan pergi weekdays tak ada orang sangat macam pergi Istana Lama Seri Menanti haritu.
Kecewa kita, ambillah gambar mana yang sempat untuk kenangan. Lain kali singgah lagi ambil gambar sendiri pulak. Ini kita ambil gambar tempat dan bangunan dulu.
Pintu masuk |
Dorang dah siap setting photobooth dan ada ramai orang juga kat bawah rumah tu sebenarnya. Ambil gambar dari sudut yang okay sikit dan nak elakkan dari penampakkan orang lain.
pandangan dari depan |
dari sudut tepi |
Sekali lagi dari sudut tepi tapi dari kejauhan sikit. Nak je bergambar dekat-dekat tapi macam pelik pulak sebab ramai ramai berkumpul tengah siapkan untuk majlis dorang. Macam kita menyibuk pulak kan. So batalkan hasrat nak bergambar. Padahal boleh je bergambar kejap.
Bila mood tak ada, mana mahunya nak bergambar.
Tak lupa maklumat penting tentang Replika Istana Raja Melewar Rembau ni.
Replika Istana Raja Melewar
Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali reka bentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini.
Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latarbelakang bangunan dan sejarah Rembau.
sumber : Majlis Daerah Rembau
0 comments:
Catat Ulasan